top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Sambutan Maulidur Rasul Kolej Tun Hussein Onn

Oleh: Mazidatul Husna

Penyunting: Dina Farhana Hussain


Sumber : Kolej Tun Hussein Onn

BANGI, 11 Nov - Penghuni kolej kediaman Tun Hussein Onn (KTHO) mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di bilik seminar utama, ianya disambut secara sederhana oleh penghuni kolej itu pada Sabtu 9 November 2019. Sambutan itu diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ustaz Mohd Norwafi bin Mohd Naser yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Amalan Sunnah Menjadi Tauladan Keperibadian Pelajar'.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul itu dihadiri serta dimeriahkan kira-kira lebih 70 orang pelajar yang terdiri daripada penghuni KTHO itu sendiri.


Dalam majlis sambutan itu, Ustaz Mohd Norwafi turut menyatakan bahawa kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW bukan sahaja dibuktikan dengan keimanan tetapi ianya dapat juga dibuktikan secara zahir seperti mengadakan majlis ilmu.


Beliau menambah lagi bahawa pengamalan sunnah nabi bukan sahaja dapat membentuk keperibadian luaran semata-mata tetapi secara tidak langsung dapat membentuk rohani setiap individu yang mengamalkannya. "Sambutan Maulidur Rasul wajar diraikan terutama sekali dalam kalangan remaja agar sentiasa ingat dan tidak lupa akan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi kita, Rasulullah SAW" kata Arisha Arihana, Timbalan Ketua Eksekutif KTHO. Semangat dalam memperingati dan mencintai Rasulullah SAW ini dilihat berkobar-kobar dalam jiwa anak muda. Malah, majoriti yang hadir terdiri daripada pegawai kadet PALAPES biarpun mereka baru sahaja selesai menjalani latihan tempatan.


Kesederhanaan sambutan majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar di KTHO yang terdiri dari pelbagai jenis latar belakang, bidang pengajian dan perbezaan umur.


Pengetua kolej, Prof Madya Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman turut bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2019 ini.

45 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page