top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

SARAWAK MENGHADAPI KESUKARAN MENGAKSES INTERNET

Penulis : Hasina Aziz

Penyunting : Muhammad Fitri

Sumber Gambar : Google


Sarikei, 1 Julai : Tular baru-baru ini kisah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenali sebagai Vevenoah memanjat pokok bagi mendapatkan akses internet, video yang dikongsikan oleh Vevenoah di Youtube telah mendapat pelbagai maklum balas sehingga menjadi bualan orang ramai telah mendapat perhatian daripada pihak berwajib.


Nasib yang sama turut dirasai oleh siswa dan siswi serta pendidik di negeri jiran Sabah iaitu Sarawak apabila mereka turut berkongsi kesukaran mereka untuk mengakses capaian internet bagi menghadiri kelas atas talian serta menghantar tugasan yang diminta. Menerusi perkongsian di laman facebook seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Rose Ed turut berkongsi kisanhya yang terpaksa ‘berkelambu’ di hutan untuk mendapat capaian internet bagi melakukan pembentangan di atas talian.


Menurut Hasmah Sulaiman (43) seorang guru yang mengajar di kawasan luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St.Matthew Lanchang, Serian. Beliau mengalami kesukaran untuk mengadakan pengajaran di atas talian kepada pelajarnya di sebabkan oleh capaian internet yang agak lambat dan tidak menyeluruh di kawasan Serian oleh itu beliau mengambil inisiatif dengan memberi latihan secara berkala kepada para pelajarnya melalui ‘whatsapp’ iaitu mengambil gambar di dalam buku latihan dan menghatar ke ‘group whatsaap’ kelas agar para pelajar boleh membuat tugasan. Beliau turut memberi pandangan agar syarikat telekomunikasi serta kerajaan negeri dapat mencapai kata sepakat untuk mengatasi masalah internet ini dengan menyediakan pelan yang bersesuaian serta rangkaian internet yang kuat di negeri Sarawak.


Bagi Nur Izzati binti Abdul Rahman (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan,Tahun 2) yang merupakan pelajar Open University of Malaysia (OUM) Sibu, Sarawak turut memberi pandangan bahawa negeri Sarawak agak ketinggalan dalam capaian internet yang memberasangkan. Beliau memaklumkan bahawa kesukaran yang dihadapi untuk mencapai internet menyebabkan beliau terpaksa keluar dari kawasan rumah untuk mendapat capaian yang cepat untuk menghadiri kelas dan ujian di atas talian. Biarpun di rumahnya mempunyai pencawang internet berbayar seperti Unifi dan Streamyx , capaian internet masih tidak memuaskan. Oleh itu beliau berharap agar pihak kerajaan dan pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk memulihkan pencapaian internet di negeri Sarawak.


Pelbagai kesukaran pencapaian internet yang dikongsi oleh para pelajar serta pendidik di laman sesawang telah tular sehingga hari ini telah mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) apabila mereka telah menubuhkan portal khas bagi sesiapa saja yang mempunyai masalah capaian internet di kawasan mereka. Dengan adanya portal yang telah disediakan oleh pihak SKMM ini diharapakan agar kesukaran pencapaian internet yang dihadapi dapat diselesaikan untuk kemudahan di masa akan datang.

45 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page