Nadi Bangi
SEBAK TIDAK DAPAT BERAYA BERSAMA KELUARGA TERCINTA
Updated: May 17, 2020
Oleh: Ashikin Yusri
Penyunting: Arisha Mahazir

Sumber: Astro Awani
KUALA LUMPUR,12 Mei : Dalam perutusan khas Perdana Menteri pada 10 Mei, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa perjalanan merentas negeri bagi menyambut hari raya adalah tidak dibenarkan.
Kerajaan mengambil keputusan sebegini adalah demi kepentingan kesihatan dan keselamatan rakyat disebabkan penularan wabak covid-19 masih belum reda.Tambah beliau lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung selama 4 minggu berkuat kuasa hingga 9 Jun ini.
Pengumuman seperti ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.Tiadalah erti Aidilfitri itu sendiri jika keluarga tersayang tiada di sisi mereka untuk meraikan kemeriahan sambutan ini.
Lukman Tarmizi yang bekerja sebagai Juruteknik Dalaman pesawat berkata, ini tahun pertamanya tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta di Terengganu.Perasaan sedih yang dialaminya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
“Sedih la jugak tidak dapat pulang ke kampung halaman tetapi jika difikirkan balik ada baiknya dengan keadaan sekarang ini lebih baik kita ikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan demi orang yang kita sayang” Tambahan lagi,tiada perancangan baginya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini apatah lagi membeli persiapan raya seperti baju raya,kuih raya dan sebagainya.
“Apabila Perdana Menteri mengemumkan rakyat tidak boleh merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri, perasaan saya ketika itu amat terkilan disebabkan ini kali pertama saya beraya jauh daripada ibu bapa dan keluarga.Suasana raya tahun ini pun jauh berbeza dari sebelum ini kerana memandangkan situasi sekarang yang tular dengan wabak Covid-19 menyebabkan ramai pihak tidak dapat pulang untuk menziarahi keluarga dan saudara mara”, kata Syed Abdullah Fahimi.
Beliau juga memberi nasihat agar masyarakat yang tidak dapat pulang ke kampung agar terus bersabar dan memanfaatkan platform media yang ada untuk berinteraksi Bersama keluarga.
“Masyarakat yang tidak dapat pulang beraya di kampung semoga terus bersabar dan mungkin ada hikmah disebalik wabak ini.Kita sekarang berada pada zaman yang serba canggih jadi, kitab oleh manfaatkan media massa seperti Whatsapp dan lain-lain sebagai perhubung antara keluarga yang berada di kampung pada hari raya”
Perdana Menteri juga sempat meminta maaf kepada rakyat dan meminta agar rakyat terus bersabar dalam menghadapi pendamik wabak Covid-19 ini. “Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan”
"Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara," katanya pada perutusan khas, pada 10 Mei yang lalu.
Diharap sinar baru bakal menyusul kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia dalam menghadapi peperangan mental dan fizikal melawan virus yang berbahaya ini. Usaha semua pihak serta tanggungjawab dan disiplin yang ditunjukkan oleh rakyat diharap bakal membuahkan hasil yang lumayan supaya rakyat Malaysia dapat hidup bebas menjalankan rutin harian seperti biasa tanpa batasan dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.