top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Sekolah Dibuka Semula


Oleh: Yazlin Farina Yahaya

Penyunting: Amy Ting


Sumber: Aswani Abdul Rahman


MARANG, 25 Jun- Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 sudah mula bersekolah semula pada 24 Jun setelah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr.Radzi Jidin sejak 10 Jun 2020 yang lalu.


Dalam teks ucapan yang disampaikan tersebut, beliau turut menjelaskan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang perlu dipatuhi oleh guru-guru sebelum sekolah dibuka.


Radzi Jidin juga menegaskan bahawa pelajar-pelajar yang dibenarkan untuk ke sekolah adalah hanya bagi pelajar yang sihat dan menepati suhu yang dibenarkan sahaja.

“Sekali lagi kami ingin memohon jasa baik ibu bapa untuk memastikan hanya anak-anak sihat dihantar ke sekolah,” katanya.


Guru-guru juga telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar semasa berada di sekolah.


Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama juga perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh warden asrama masing-masing.


Guru dan juga warden asrama di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Puan Aswani Abdul Rahman berkata bahawa guru-guru dan warden-warden di sekolah tersebut telah menyelesaikan garis panduan dan mempersiapkan kelas serta asrama seperti yang diminta oleh pihak kerajaan.


“Kami semua telah menyiapkan semuanya sejak sebulan yang lalu dan kami berharap pelajar-pelajar dapat mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan oleh kami,” katanya.


Nabila Azmi, pelajar tingkatan 6 atas Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin pula menyatakan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk sekolah dibuka kerana mahu merasai perbezaan sesi persekolahan sebelum dan selepas sesi kuarantin berlaku.


“Saya berasa tidak sabar untuk ke sekolah sebab saya nak tahu apa beza kita bersekolah sebelum bercuti dahulu dan selepas lama tidak ke sekolah,” katanya.


Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa, Fariesha Yahaya berkata bahawa dia dan rakan-rakan sekelasnya berasa teruja untuk memulakan sesi persekolahan setelah lama bercuti.


Fariesha berkata, “saya dan kawan-kawan berasa sangat teruja kerana dapat bersekolah semula disebabkan kami dah terlalu lama bercuti, ditambah lagi kami akan menjalani peperiksaan SPM tidak lama lagi.”


Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Fatin Hidayu Azmi pula menyatakan bahawa ketika dia pergi ke sekolah, dia dapat melihat perbezaan yang besar dalam peraturan sekolah.


Fatin berkata, “Ketika saya sampai di sekolah, saya perlu mematuhi semua peraturan baru yang sebelum ini tidak wujud di sekolah seperti memakai pelitup muka, membawa hand sanitizer dan suhu badan saya wajib diambil sebelum masuk ke dalam kelas.”

13 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page