top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Selebriti Taiwan Rainie Yang Jelajah Axiata Arena

Oleh: Wong Sze Wen

Penyunting: Nur ‘ Ain Syafiqah Rahim


Sumber : Facebook Page Rainie Yang

BUKIT JALIL, 11 Nov- JStarLux telah memaparkan notis untuk menyeru penonton menggunakan pengangkutan awam bagi menghadiri Rainie Yang Youth Lies Within World Tour yang diadakan di Axiata Arena pada 2 November lalu.


Rainie Yang merupakan seorang penyanyi dari Taiwan yang telah mengeluarkan banyak koleksi muzik seperti Angel Wings, Not Yet a Woman, dan Traces of Time in Love.


Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen dan pelakon yang pernah membawa watak protagonis bagi drama Devil Beside You, Hi My Sweetheart, dan Love You.


Setelah 6 tahun berlalu, Rainie Yang kembali jejak ke Malaysia bagi merealisasikan konsert Rainie Yang Youth Lies Within World Tour yang dianjurkan oleh JStarLux.


Tiket konsert beliau yang bernilai RM168 dan RM288 habis dijual dalam tempoh satu minggu oleh organisasi Myticket.asia.


Cheong Sin Peng, 22, mengakui teruja hadir ke konsert Rainie Yang buat kali pertama dan berasa kagum mendengar lagu oleh selebriti Taiwan itu secara langsung.


“Beliau merupakan idola saya pada masa kecil dan konsert ini telah menyebabkan saya mengingat kembali memori menonton drama seperti Hi My Sweetheart dan Love You pada masa kecil.” kata Su Xiao Hui.


Penganjur menyarankan penonton hadir ke Axiata Arena lebih awal sebelum konsert bermula pada jam 8 malam untuk mengelak terkandas dalam trafik dan menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang terdahulu.


Menurut Gan Jiao Er , “Walaupun, saya telah menaiki pengangkutan tren Transit Aliran Ringan (LRT) untuk bertolak awal ke konsert pada jam 3:30 petang yang memakan masa 1 jam 15 minit tetapi malangnya ketika itu ramai orang sudah memenuhi stesen LRT,”


“Saya bersama tiga orang kawan baik saya telah mendapatkan tiket ini sejak awal sistem pembelian tiket atas talian dibuka.” katanya.


Selain konsert Rainie Yang Youth Lies Within World Tour di Axiata Arena, Perlawanan Akhir Piala Malaysia juga berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada masa yang sama menyebabkan kawasan itu telah dibanjiri oleh ramai orang.


Rapid KL bertindak melanjutkan waktu perkhidmatan LRT stesen Bukit Jalil sehingga pukul 1 pagi bagi memudahkan pendatang yang menggunakan pengangkutan awam untuk perjalanan pulang.


Sebanyak 29 buah lagu telah dinyanyikan oleh Rainie Yang sepanjang konsert itu berlangsung selama dua jam setengah.


Selebriti cantik ini juga mengesyorkan peminatnya untuk mengikuti akaun Instagram beliau dan sempat memuji bahawa makanan Malaysia sangat sedap pada malam tersebut.

6 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page