top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Sell It All Buka 60 Gerai Jualan

Oleh: Siti Norasikin Ariffin

Penyunting: Siti Nurhazira Binti Abu Bakar


Sumber: Rabiatul Nabihah

Bangi, 7 Dis- Program keusahawanan Sell It All yang bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), UKM berjaya mendapat sambutan daripada para peniaga serta pelajar apabila merekodkan 60 gerai jualan dibuka yang diadakan selama dua hari bermula Selasa 26 november hingga 27 november.


Sell It All merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) di bawah Exco Keusahawanan dan Inovasi. Tujuan utama program ini adalah untuk mencari dana bagi persatuan tersebut.


Rata-rata peniaga mengambil peluang dengan mempromosikan produk sendiri seperti rangkaian alat solek dan juga makanan yang telah diinovasikan seperti sambal kering rangup.


Rabiatul Nabihah, 20 yang merupakan penganjur berkata, " program ini mencapai sasaran kerana sebanyak 60 unit tapak gerai berjaya di sewa". Tambah beliau lagi, "program berlangsung selama dua hari adalah disebabkan atas permintaan para peniaga".


“Saya mampu mendapatkan tudung dan baju-baju bundle dengan harga yang berpatutan,” kata Nurul Ain, 23. Beliau merupakan seorang yang gemar akan pakaian bundle yang berkualiti.


Hafiz, 21, berkata, "program keusahawanan ini merupakan platform para pelajar berjinak dengan dunia perniagaan. Selain itu, bakat dalam berjual beli ini mampu menjadikan satu cabang pekerjaan selepas bergraduasi".


Selain mengfokuskan keuntungan jualan, program seperti ini dilihat mampu melatih pelajar untuk berjinak-jinak dalam perniagaan.


Sell It All turut disertai oleh peniaga daripada luar UKM seperti food truck Uncle Bob dan Mango Float.

17 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page