top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Seramai 70 Ribu Pengunjung Datang Untuk Memeriahkan Malaysia Foodie Fiesta 2023

Penulis: Ahmad Naufal Bin Azmi Mustafa

Penyunting: Mohamad Asyraf Bin Ishak


Sumber : Naufal


PUTRAJAYA, 25 DIS- Seramai lebih kurang 70 ribu pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berbeza, tidak kira umur, bangsa dan pekerjaan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Malaysia Foodie Fiesta 2023 ini sepanjang ia berlangsung selama dua hari.


Malaysia Foodie Fiesta 2023 merupakan satu festival yang telah diadakan bermula 22 hingga 25 Disember 2023 yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan juga barang-barang lain seperti barangan kosmetik yang bertempat di Pusat Pameran di dalam IOI City Mall Putrajaya. 


Bazaar yang berkonsep dalaman (indoor) ini menawarkan pelbagai makanan termasuk makanan lokal, biskut, makanan sejuk beku, kopi, pencuci mulut dan juga terdapat 

vendor lain yang menjual barangan keperluan lain seperti minyak wangi, makeup, dan pembersih udara. 


Pengarah bagi program itu, Angeline Phang, berkata mereka sangat hargai kehadiran para peminat makanan yang sanggup hadir ke Food Fiesta Festival ini untuk mencuba pelbagai makanan yang ditawarkan oleh vendor-vendor yang ada di sini. 


"Terdapat sebanyak 110 vendor yang dibuka secara keseluruhan yang menawarkan pelbagai makanan yang unik dan berbeza merupakan salah satu sebab mengapa pengunjung begitu tertarik untuk datang ke sini. 


Tanggungjawab kami sebagai organiser adalah untuk memberi platform kepada penjual lokal untuk mempromosikan produk mereka kepada sebanyak mungkin orang kerana kami faham betapa susahnya proses pemasaran," menurutnya.

 

Kehadiran para pempengaruh di situ seperti Saby Rose, Nur Salihah, Mohamad Huzaid, Nurul Aimi dan banyak lagi yang turut serta membuka vendor juga merupakan satu daya tarikan yang menyebabkan ramai pengunjung yang hadir. 


Mereka juga bakal mengadakan festival makanan yang berlangsung pada 28 hingga 31 Disember 2023 bertempat di Toppen Shopping Centre yang turut dimeriahkan dengan penampilan artis tempatan dan antarabangsa seperti Masdo, Junas & Aisyah Aziz, Amir Jahari dan lain-lain. 


28 views2 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page