Hana Norazmi
Shiha Zikir Beli Undi?
Penulis: Nurnadiah Farhana Norazmi
Penyunting: Aliff Fikri

Sumber: Malay News
PUTRAJAYA, 30 Mei - Kemenangan besar di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang dimenangi oleh penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Shiha Zikir, 35, dipertikaikan oleh segelintir pihak yang beranggapan bahawa keputusan kemenangan tersebut tidak layak diberikan pengiktirafan kerana didakwa beliau membeli undi.
Anugerah MeleTOP Era 2021 adalah sebuah majlis anugerah pencapaian cemerlang dalam industri hiburan. AME edisi kelapan yang telah berlangsung pada 29 Mei 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Kemenangan yang dibolot oleh Shiha Zikir dalam kategori Top Top MeleTOP Wanita, Lagu MeleTOP bersama Noki daripada K-Clique untuk lagu AEWO, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Artis Versatil dan Grup/Duo MeleTOP bersama Noki K-Clique kali ini merupakan satu kejayaan besar baginya.
Menurut Shiha, menerusi temubual bersama Mstar beliau tidak menduga memenangi 5 anugerah di AME 2021, namun beliau mengetahui pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati. Beliau menganggap ia adalah sesuatu yang normal jika ada individu yang tidak suka dengan kejayaan tersebut.
“Saya tidak mengambil kisah tentang kritikan daripada mereka,
“Daripada saya nak bayar sekarang, kenapa dari dulu sahaja saya tidak melakukannya? Saya tahu pihak lain tidak berpuas hati. Sejujurnya bagi saya, kemenangan ini saya terima kerana sokongan daripada orang sekeliling saya sahaja,
“Saya berasa lebih senang membiarkan semua tanggapan yang dilemparkan, ia bukan lah mudah untuk fokus melakukan apa yang saya sukai,” katanya lagi.
Beliau telah membawa pulang RM10,000 dan sebuah trofi bagi kategori Top Top MeleTOP Wanita.
Sementara itu penyanyi dan pelakon lelaki Khai Bahar juga tidak ketinggalan apabila dinobatkan Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki dengan membawa trofi dan wang tunai RM10,000. Bukan itu sahaja beliau juga membawa pulang RM5,000 bagi kategori Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTop bagi setiap kategori yang dimenanginya.
Turut hadir juga barisan artis popular seperti Siti Nurhaliza, Search, Misha Omar, De Fam, Zizi Kirana, Yonnyboii, Dolla, Hael Husaini, Aina Abdul, Siti Nordiana, Wany Hasrita, Bunga Isme dan ramai lagi.