top of page
Writer's pictureNadi Bangi

SINDROM MINGGU KE-14 HANTUI PELAJAR

Oleh: Farhana Samsugimi

Penyunting: Fatihah Nordin



BANGI, 27 Mei: Tekanan kerja dan juga waktu peperiksaan yang semakin hampir tiba telah menyebabkan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berasa stress yang luar biasa berbanding sebelum ini.


Minggu ke-14 merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran bagi seluruh pelajar UKM sebelum mereka menghadapi minggu peperiksaan.


Segala tugasan perlu disiapkan dan perlu dihantar pada minggu tersebut kerana penilaian markah mula dilakukan sebaik sahaja tamat minggu ke-14.


Pelajar harus membahagikan masa mereka antara menyiapkan tugasan dan juga mengulangkaji pelajaran bagi persediaan yang secukupnya.


Kata salah seorang mahasiswa UKM dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan iaitu Sarah Mohamad, kerja menjadi banyak pada minggu ke-14 kerana tugasan tersebut telah ditangguhkan sehingga menjadi banyak pada akhir semester tersebut.


“Saya mempunyai masalah dari segi pengurusan masa antara dua perkara penting iaitu menyiapkan tugasan dan juga persediaan untuk peperiksaan akhir”, Tambah Norlia Kamaruzaman yang merupakan mahasiswa dari Fakulti Undang-Undang.


“Saya menghadapi tekanan yang tinggi kerana ahli kumpulan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya kerana tugasan juga perlu dihantar pada minggu ke-14. Secara tidak langsung, semua beban diletakkan pada diri saya” kata Tan Lia Ying, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyatakan bahawa pelajar di negara ini mengalami tahap stress yang tinggi.


Oleh itu, tekanan yang melampau kepada pelajar boleh membawa kepada kemudaratan dari segi fizikal dan mental. Hal ini kerana, ia secara tidak langsung menyebabkan kitaran hidup yang kurang normal seperti mendapat penyakit imsomnia.


Justeru, pelajar harus bijak dalam menangani segala tekanan yang ada dan berusaha untuk menguruskan masa dengan bijak.

7 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page