Nadi Bangi
Sireh Pulang ke Ganggang
Oleh: Muhammad Sahrul Fahiz Bin Mat Ariff
Penyunting: Siti Norasikin Ariffin

BANGI, 11 Nov – Program Inspirasi Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh Alumni Tersohor UKM yang diadakan baru-baru ini telah menampilkan Komisioner Jeneral Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau dalam industri.
Terdahulu, beliau ada memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada mahasiswa agar tidak mudah untuk berputus asa dan sentiasa berusaha untuk menonjolkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di kampus.
“Cabaran utama dalam kehidupan adalah sejauh mana kemampuan memimpin diri sendiri. Manakala, kekuatan pemimpin pula ialah membentuk lebih ramai pemimpin.Jadi, rebutlah peluang ini untuk menjadi pemimpin melalui pelbagai program kokurikulum yang terdapat di kampus”, ujarnya.
Tidak ketinggalan, beliau juga ada menceritakan sedikit pengalaman dan kejayaan beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, selama hampir 36 tahun.Antaranya, mengenai kejayaan program pemulihan yang dirangka olehnya.
“Sebenarnya, ada hikmah apabila seseorang itu dikenakan hukuman penjara, kerana berdasarkan rekod kami, individu yang dahulunya digelar BANDUAN, kini mampu bergelar graduan doktor falsafah, dan ini adalah berkat hasil daripada program pemulihan yang terdapat Penjara Malaysia.
Hakikatnya, “tirai besi “ bukanlah suatu hukuman yang bersifat ngeri atau kejam, sebaliknya pendekatan yang diketuai oleh Zulkifli, telah berjaya membentuk sahsiah dan moral serta memberi sinar baru kepada banduan untuk memulakan kehidupan di luar sana.
Aiman Rosli, 20 berkata saya hanya kesini bagi tujuan memenuhi permintaan kursus citra program berimpak.Namun,tidak sangka, program ini berjaya menjemput seorang alumni yang sangat hebat dan saya sebagai pelajar tahun 1 sungguh berbangga memilik alumni tersohor seperti beliau.
Program Inspirasi Alumni UKM oleh Alumni Tersohor UKM ini adalah platfom untuk para alumni berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka dalam industri kepada mahasiswa.
Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, (HEPA), UKM iaitu Prof Ir Dato’ Dr Othman A. Karim.