top of page
  • Writer's pictureMineshwara

Siswa Bukan Muslim Ikat Perut Di Bulan Puasa

Penulis: Mineshwara A/L Ramaispran

Penyunting: Nurul Izzaty Syazwani Bt Hazizi


Sumber: Internet


BANGI 25 APRIL– Kebanyakan pelajar bukan Islam di Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ikat perut dengan hanya makan sekali sehari serta terpaksa membeli makanan di aplikasi Food Panda dan Grab Food akibat penutupan kafeteria sepanjang bulan puasa ini.


“Penutupan kafeteria semasa bulan puasa ini membebankan kami dari segi kewangan disebabkan harga makanan sewaktu mencecah hampir Rm 20 di Food Panda dan Grab.” ujar Priiyalakshmi Kumarrajah, 22 , Pelajar yang menetap di Kolej Rahim Kajai, UKM.


Beliau berkata pelajar-pelajar bukan islam terpaksa berebut untuk mengambil makanan percuma disebabkan persediaan makanan di kafeteria pada waktu malam adalah terhad dan kemungkinan akan habis awal.


Pengeluaran duit perbelanjaan sebanyak ini sememangnya menyebabkan pelajar mengalami masalah kewangan dan terbeban untuk menampung kos perbelanjaan pelajar selama tempoh pengajian.


Kebanyakan pelajar yang tinggal di kolej kediaman terpaksa mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih menu paling menjimatkan daripada membeli makanan- makanan di kafetaria kolej yang dijual murah untuk pelajar universiti.


Menurut Teoh Jun Yean, 23, Fakulti Sains Teknologi UKM, pelajar bukan Islam susah untuk mencari makanan waktu tengah hari dan terpaksa membeli makanan di luar kolej yang lebih mahal menyebabkan perbelanjaan makanan lebih tinggi bulan ini berbanding perbelanjaan lain.


“Saya susah nak cari makanan pada waktu tengah hari kerana kebanyakan kedai buka pada waktu petang manakala keadaan kafeteria akan menjadi sesak pada waktu malam.


Namun, kadang-kadang para pelajar boleh mendapatkan makanan percuma yang ditaja oleh pihak luar,” kata Teoh Jun Yean.

Menurut Abboy, 28, pengedar makanan Food Panda berkata sejak bulan puasa bermula, beliau kerap menerima pesanan makanan daripada pelajar-pelajar bukan Islam di sekitar UKM dan berasa kasihan terhadap pelajar bukan Islam yang tidak mempunyai kenderaan dan berkemampuan untuk membeli makanan di luar kolej.


“Bulan ini antara bulan yang saya banyak menerima pesanan makanan daripada pelajar terutamanya pelajar bukan Islam. Saya juga berasa kesian kepada mereka kerana tidak boleh keluar dari kampus untuk membeli makanan dan hanya menunggu untuk makanan ini sahaja.” katanya.


Walau bagaimanapun, semua pelajar yang berada di kolej kediaman perlulah bijak dalam menguruskan perbelanjaan makanan ketika membeli makanan terutama ketika menggunakan aplikasi Food Panda dan Grab Food agar tidak menghadapi masalah kewangan yang teruk pada bulan puasa ini.


250 views1 comment
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page