• Nadi Bangi

Situasi Semasa Covid-19 Negeri Johor


Oleh: Siti Nurhezzaty Hamdan

Penyunting: Ishaira Syuhada Isran


Sumber: Facebook Makmur Johor

BANGI, 3 JUN – Johor mencatatkan satu kes baharu covid sembilan belas sehingga 2 Jun sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 646.


Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan, sehingga 2 Jun 2020 berkata tiada kematian terbaru dilaporkan menjadikan jumlahnya kekal sebanyak 19 kes, 646 pesakit pula dilaporkan sembuh manakala 11 lagi kes masih aktif.


Tambahnya lagi, seramai 7 533 murid telah diberikan suntikan imunisasi di fasiliti Klinik Kesihatan serta Klinik Desa sejak 8 April lalu hingga kini.


Menurutnya, “Bagi pelajar sekolah dikehendaki mengambil suntikan imunisasi secara berperingkat demi mencegah penularan penyakit berjangkit seperti mencegah demam campak (measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus) mengikut jadual ketika tempoh PKPB ini di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan”


"Keutamaan imunisasi berkenaan diberikan kepada murid Tahun 1 malah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) juga menetapkan temujanji seramai 10 orang murid bagi setiap jam, bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat, terjaga," katanya.


Oleh itu, ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk mematuhi tarikh dan mengikut masa yang ditetapkan dengan membawa anak-anak untuk imunisasi di Klinik Kesihatan yang ditetapkan apabila menerima jadual temujanji melalui pihak sekolah.

9 views0 comments

Related Posts

See All