top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Skuad Harimau Malaya Hanya Pelengkap Kumpulan E

Penulis: Ahmad Naufal

Penyunting: Asyraf Ishak

Sumber foto: BebasNews


Perlawanan menentang Jordan

Penyokong skuad Harimau Malaya menyifatkan bahawa skuad Harimau Malaya hanya menjadi pelengkap slot kumpulan E di Piala Asia selepas dibaham oleh pasukan Jordan 4-0. Kumpulan E terdiri daripada negara gergasi asia iaitu Jordan, Bahrain dan termasuk negara yang pernah bermain di pentas piala dunia Korea Selatan. Jadi, disini kita dapat lihat perbandingan yang ketara di mana skuad Harimau Malaya menjadi kumpulan kerdil di kumpulan ini.


Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan 4-0 selepas menentang pasukan Jordan ketika perlawanan yang pertama di pentas asia. Dalam perlawanan bertempat di Stadium Al Janoub dilihat rata-rata pemain skuad negara yang bermain kelihatan gugup dan hilang kawalan bola pertama. Ini menyebabkan pasukan Jordan bermain secara agresif dan dahaga jaringan gol ketika menentang skuad Harimau Malaya.


Faktor Kekalahan

Mengikut statistik sepanjang perlawanan ini berlangsung dilihat pemilikan kawalan bola dari Harimau Malaya iaitu 52% manakala Jordan hanya 48%. Jelas disini pemilikan kawalan bola dikuasai oleh pasukan Harimau Malaya yang membezakan 4% kerana skuad negara terpaksa bermain dalam kotak padang sendiri. Saizing badan menjadi salah satu faktor utama menyebabkan skuad Harimau Malaya tidak dapat membawa bola ke kawasan pihak lawan kerana tubuh badan pemain Jordan dilihat besar dan ketinggian pemain mereka iaitu 190 cm keatas dan skuad Harimau Malaya berketinggian dari 180 hingga 150 cm. Ini menyebabkan perebutan di udara di menangi oleh pemain Jordan.


Cubaan gol yang dimiliki oleh Jordan sebanyak 14 kali dan cubaan gol tepat 8 berbanding skuad negara cubaan gol 8 dan cubaan tepat kearah pintu gol pihak lawan 3 sahaja. Oleh itu, dengan 14 kali cubaan gol menghadiahkan 4 gol dimiliki pasukan Jordan dalam perlawanan ini.


Sumber foto: buletin tv3


Taktikal/ corak permainan

Taktikal yang digunakan oleh Ketua Jurulatih Kim Pan Gon dilihat memakan diri kerana meletakkan seramai 3 pemain pertahanan pada babak pertama. Dalam aksi ini taktikal 3 pertahanan di belakang menjadi satu kelebihan pasukan Jordan untuk bergerak dengan selesa dari kiri dan kanan untuk memasuki ke kawasan Harimau Malaya. Al Mardi mudah melakukan sepakan lencongan yang cantik daripada luar kotak penalti hingga menghadiahkan gol ketika keadaan yang kucar kacir berlaku dalam kawasan skuad negara. Minit ke 15 pemain skuad negara melakukan kekasaran di dalam kotak penalti hingga memberikan sepakan penalti kepada pasukan Jordan dan babak pertama tamat dengan 3-0.


Permainan diteruskan ke babak kedua di mana pemain skuad negara nampak sedikit positif selepas masa rehat. Perlawanan menjadi sedikit seimbang selepas kemasukkan pemain gantian beri asakkan ke arah pintu gol pasukan Jordan. Hal ini menyebabkan skuad negara dapat menguasai perlawanan dan hanya melepas 1 gol di minit akhir.



Sumber foto: New Straits Times


Pemain yang dimasukkan

Nadi bangi sempat melihat perlawanan Malaysia menentang Bahrain di skrin besar, Putrajaya dalam aksi kedua menentang Bahrain pemain skuad negara dilihat tidak bermotivasi selepas luka yang belum sembuh ketika perlawanan menentang Jordan. Namun pada babak yang pertama skuad negara mengasak Bahrain hingga mendapat cubaan tepat ke arah pintu gol pihak lawan. Perlawanan nampak sedikit positif berbanding ketika perlawanan menentang Jordan. Ariff Aiman berjaya melakukan satu rembatan yang kencang sehingga hampir menghadiahkan gol ke skuad negara. Namun rembatan itu berjaya ditepis oleh penjaga gol Bahrain. Babak pertama ini jelas memperlihatkan kualiti yang ditonjolkan oleh Pemain Harimau Malaya yang berjaya menembusi pertahanan pihak lawan dan banyak memberi asakan hingga berakhir 0-0 sebelum memasuki masa rehat.


Tetapi asakkan itu terhenti selepas melakukan kekasaran Syamer Kutty hingga mendapat layangan kad kuning menyebabkan permainan mereka menjadi sedikit goyah. Kim Pan Gon memasukkan Natxo Insa untuk merehatkan Syamer yang mendapat kad kuning. Pemain ini membuatkan penyokong skuad negara naik angin selepas melihat permainan yang agak sambil lewa ketika perlawanan berlangsung. Corak permainan yang dimainkan oleh Natxo dalam perlawanan tidak agresif dan banyak melakukan “holding ball” dan juga melakukan hantaran ke belakang ketika mendapat bola untuk menyerang pihak lawan. Ini menyebabkan skuad negara sukar dalam melakukan serangan balas. Rasa kecewa jelas di lihat di muka para penyokong selepas Bahrain berjaya mencipta jaringan di minit akhir perlawanan.


Penyokong terkejut ketika nama Natxo berada dalam pemain yang bermain skuad asia kerana pemain ini baru pulih daripada kecederaan iaitu “ACL” dan tidak mempunyai minit permainan yang mencukupi. Hal ini, menjadikan penyokong berang dengan aksi yang dipertunjukkan oleh pemain ini kerana ramai pemain yang bersusah payah untuk membawa skuad Harimau Malaya ini layak ke piala asia tidak dipanggil dalam skuad piala asia seperti Syafiq Ahmad, Nazmi Faiz, Safiq Rahim dan Azam Azih.


Permainan yang ditampilkan pemain yang tidak dipanggil ke piala asia ini dilihat bermain secara sangat baik dengan membawakan semangat lencana di dada dibandingkan pemain yang tidak layak yang bermain secara sambil lewa dan tidak mempunyai semangat kenegaraan. Hal ini kerana, bukan senang untuk melihat skuad negara layak ke piala Asia selepas 42 tahun. Kekecewaan dua perlawanan ini memberikan satu stigma yang negatif kepada pemain-pemain yang tidak seharusnya dipanggil dalam skuad piala Asia. Namun, saya berharap perlawanan yang terakhir dalam menentang Korea Selatan skuad negara dapat memberikan corak permainan yang baik dan memberikan perlawanan yang hebat untuk ditonton oleh peminat bola sepak Malaysia.

2 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page