top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Skuter Elektrik Tarikan Malam Di KLCC

Penulis: Aidanadhira Hasbi

Penyunting: Sheirly Lee

Sumber: Google


KUALA LUMPUR, 14 Dis – Skuter elektrik merupakan satu tarikan kerana kebanyakan yang sudah berkeluarga dan golongan muda mengambil kesempatan untuk menaikinya dan bersiar-siar bersama-sama sambil menikmati pemandangan menara berkembar KLCC pada malam hari.


Keadaan jalan di sekitar kawasan itu pada waktu malam adalah kurang sibuk menyebabkan mereka dapat menaiki skuter elektrik dengan lebih selamat. Keadaan di KLCC itu masih dipenuhi orang dan penjual di atas trak sehingga 3.30 pagi. Walaupun kebanyakan kedai dan restoran di situ tutup mereka masih bersantai di sepanjang pinggir jalan berdekatan KLCC tersebut.


“Skuter elektrik ini merupakan salah satu senaman yang baik dan menyeronokkan. Hal ini kerana saya dapat bergerak dari Avenue K sehingga ke jalan Stonor sambil menikmati angin dan pemandangan bandar metropolitan KLCC ini. Saya juga dapat mengeluarkan peluh dan beriadah setelah penat bekerja pada siang hari” kata Wan salah seorang pengguna skuter elektrik.


Harga bagi setiap skuter elektrik adalah berbeza dan mengikut jenama skuter itu sendiri. Antara skuter yang banyak disediakan di sekitar KLCC ialah BEAM, TRYKE dan ada beberapa skuter elektrik lain yang dijaga oleh peniaga skuter tersebut.


Kadar harga penggunaan skuter elektrik adalah sebanyak RM0.50 ke RM0.65 seminit. Masyarakat boleh membuat anggaran untuk menggunakan skuter tersebut sebanyak beberapa minit dan sistem pembayaran adalah secara atas talian sepenuhnya.


Rata-rata jenama skuter elektrik telah dilengkapi dengan sistem aplikasi yang boleh dihidupkan secara imbasan QR kod sahaja.


Seorang kanak-kanak dari Pahang bernama Irash mengatakan “Mula-mula saya takut untuk membawa skuter ini. Tetapi selepas diajar oleh kakak-kanak, baru saya tahu dan boleh membawanya walaupun tidak sampai 15 minit diajar oleh kakak saya”.


Skuter elektrik ini mudah untuk dibawa dan digunapakai kerana segalanya adalah secara atas talian dan masyarakat tetap dapat menjaga kebersihan dan mengelakkan rantaian jangkitan COVID-19.


KLCC juga tetap meriah walaupun tanpa pembukaan gerai makanan dan restoran di situ.

77 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page