top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

'Social Distancing' Paksaan #DatarkanKeluk

Oleh: Amelin Yazimi

Penyunting: Fatin Roslee


Sumber: Astro Awani



Social distancing (SD) secara sukarela tidak membawa apa-apa perubahan kepada penurunan keluk epidemik dan kegagalan tersebut akan membawa kepada social distancing secara paksaan.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Pengumuman yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia ini dibuat semasa perutusan khas pada 16 Mac 2020.


PKP dikatakan penting untuk mengurangkan penyebaran wabak Covid19 dan seterusnya mendatarkan keluk epidemik.


Menurut laman Twitter Dr. Dzulkefly Ahmad, Bekas Menteri Kesihatan, dengan 2 angka kematian, 673 kes positif dan 12 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Kawalan Pergerakan adalah sangat penting untuk turunkan keluk epidemik.


Bekas Menteri Kesihatan itu juga berpendapat bahawa kegagalan SD secara sukarela adalah masa untuk melakukan SD paksaan. Beliau juga mengakui bahawa SD paksaan akan menyusahkan banyak pihak tetapi hanya dengan cara itu sahaja kes positif Covid19 dapat dikurangkan.


Shafina, surirumah berkata jika SD paksaan dijalankan ini bermakna kerajaan memandang serius isu ini dan lebih tegas dalam menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat.


"SD paksaan juga dapat membuka mata masyarakat yang isu yang berlaku sekarang ini tidak boleh dipandang remeh dan bukan bahan jenaka. Kita harus sentiasa beringat."


Menurutnya lagi kebanyakan masyarakat Malaysia mementingkan diri sendiri. Oleh sebab sikap itulah, gelombang kedua berlaku dan meningkatkan lagi penyebaran Covid19.


Kamielia, pelajar Tingkatan Enam berkata lebih elok jika SD paksaan dilakukan supaya risiko dijangkiti virus tersebut melalui orang lain dapat dikurangkan. Rakyat Malaysia juga patut patuh dan memahami arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya krisis ini tidak bertambah teruk seperti yang dihadapi oleh negara lain.


Dr. Dzulkefly Ahmad di laman Twitternya juga mengajak netizen untuk bersama-sama menjayakan PKP dengan menyokong #DatarkanKeluk.


60 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page