• Nadi Bangi

SOP Baharu PRN Jejas Perniagaan Kecil di Sepanjang Sungai Melaka

Penulis: Ghirija Muthu

Penyunting: Audrey Tung

Foto: Ghirija Muthu

BANDAR HILIR, 21 Nov - Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah dilaksanakan di Melaka baru-baru ini telah didakwa menjejaskan perniagaan kecil di sepanjang Sungai Melaka akibat daripada SOP baharu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Langkah yang diambil oleh KKM mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang berkuatkuasa pada Isnin lalu sehingga 27 November menjadi salah satu punca jejas perniagaan kecil di sekitar jalan Sungai Melaka.


Penjual buah-buahan, Kamarulzaman Izar, 47 berkata, sebelum ini sekiranya PRN berlaku di Melaka tempat ini akan menjadi sesat dan tumpuan orang ramai untuk berhimpun di kawasan itu. Tetapi pada kali ini, tiada perhimpunan disebabkan oleh SOP yang baharu dan ianya telah menyebabkan kekurangan pendapatan harian beliau.


“Pada tahun ini SOP memang lain jika banding dengan tahun sebelum-sebelum ini. Lagi ketat dan tiada aktiviti sosial. Selalunya sebelum PRN memang sibuk and ramai yang lalu kawasan ini buat kempen semua, tapi bila dah ada SOP baru memang tiada langsung kempen. Pendapatan harian saya pun agak kurang sejak dua tiga hari sebab kurang orang yang kunjung tempat ini” katanya.


Abdul Samad, penjual aiskrim yang selalunya berada di kawasan itu pada waktu petang berkata SOP patutlah diberi kelonggaran sewaktu PRN supaya tidak menjejaskan perniagaan kecil seperti mereka. Hal ini demikian kerana sewaktu PRN sebelum ini, ramai akan bersinggah dekat kawasan ini dan tidak pernah menjadi sunyi.


“KKM patutlah bagi longgar sikit SOP pilihan raya. Sebab SOP kali ini rasa macam ketat sikit mungkin untuk kurangkan wabak tapi harus fikir tentang kami macam yang jual aiskrim dan lain-lain. Disebabkan kurang orang awam ataupun rakyat Melaka sendiri dalam kawasan ini, memang pendapatan sehari pun tak lebih RM50” katanya.


Pelukis jalanan di Sungai Melaka, Mokhtar, 45 berkata terdapat kekurangan orang yang melalui kawasan ini menyebabkan tidak melukis sebarang gambar seminggu yang lalu. Beliau juga berkata agar SOP pilihan raya tamat secepat mungkin dan memberikan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan.


“Sejak seminggu lalu saya tak lukis gambar apa-apa sebab kurang orang yang datang ke tempat ini. Kalau SOP ini dah tamat mungkin pulih keadaan kami untuk cari pendapatan” katanya.


SOP baharu pilihan raya mungkin langkah yang bagus bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 tetapi kerajaan haruslah mengambil kira perkara seperti ini yang menjejaskan perniagaan kecil-kecilan dan berharap keadaan di Melaka dipulih secepat mungkin.

969 views0 comments

Related Posts

See All