top of page
  • Writer's pictureMuhamad Nazeem

“Stranger Things 4” Gegar Menara KL dan Kwai Chai Hong (Lorong Panggung)

Penulis: Muhamad Nazeem Mohd Nazri

Penyunting: Muhammad Syakir Ahmad Sazali

Sumber: BeritaKini


KUALA LUMPUR, 29 Mei: Siri Netflix Stranger Things 4 telah menggegarkan ibu kota Kuala Lumpur apabila penganjuran promosi bagi cerita tersebut telah diadakan secara besar-besaran dengan menayangkan kesan visual khas di Menara Kuala Lumpur dan lakaran mural di sekitar Kwai Chai Hong (lorong panggung), baru-baru ini.


Stranger Things 4 merupakan sebuah siri drama seram fiksyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The Duffer Brothers dan ditayangkan di Netflix. Cerita tersebut mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang menyaksikan kuasa ghaib dan eksploitasi rahsia kerajaan di mana mereka ingin merungkai satu siri misteri yang luar biasa semasa pengambaraan dijalankan.


Nadi Bangi sempat menemu bual beberapa pengunjung yang hadir melihat tayangan visual dan lakaran mural di sekitar Menara KL dan Kwai Chai Hong bagi mendapatkan reaksi daripada mereka.


Effa, 26, yang merupakan pelajar Universiti Awam, mengatakan dia amat teruja setelah sekian lama menantikan siri ke-4 Stranger Things dan tidak menyangka bahawa siri ini mempunyai pengikut yang ramai yang turut hadir untuk menyaksikan pameran tersebut.


“Saya sangat teruja kerana tak sangka Malaysia akan menganjurkan pameran untuk mempromosikan Stranger Things 4 secara besar-besaran daripada Netflix Malaysia.


“Tak sangka juga bila ramai sebenarnya yang minat Stranger Things 4 serta ramai juga yang hadir pada malam tersebut untuk menyaksikan tayangan visual di Menara KL, dan saya harap pihak Netflix boleh teruskan lagi pengajuran seperti ini pada masa akan datang,” katanya.


“Sangat kagum dan teruja apabila melihat lakaran mural di sini dan saya rasa ini akan meningkatkan lagi peminat untuk menonton Stranger Things 4,” ujar Khairena, pengunjung yang di temubual di sekitar kawasan Kwai Chai Hong.


Siri Stranger Things 4 kali ini mempunyai sembilan episod secara keseluruhan dengan sambungan kepada siri yang ke-3 dan ia mula di tayangkan di Netflix pada 27 Mei 2022.


8 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page