• Danial Haziq

‘Street Marketing’ Sebagai Kutipan Dana buat Yuvanthika.

Penulis: Muhammad Danial Haziq bin Roslee

Penyunting: Kogileswari A/P Vellisamy


BANGI, 26 April – Ahli jawatankuasa Sekretariat Kebudayaan Mahasiswa India (SKMI) telah menganjurkan ‘street marketing’ di sekitar Selangor sebagai usaha untuk mengutip dana bagi menjayakan program kebajikan iaitu Kala Raatina 2.0 yang akan berlangsung di peringkat universiti.


Program ini bertujuan untuk menjalankan sumbangan amal kepada kanak-kanak perempuan bernama Yuvanthika, 4 tahun yang akan menjalankan pembedahan implan koklea.


Selain itu, kutipan derma turut dilakukan oleh kelab ini melalui penjualan tiket pendaftaran. Majlis penutup program ini akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 12 Jun 2022.


“Matlamat kami adalah untuk membantu keluarga miskin, sedangkan keluarga Yuvanthika tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan kerana kosnya yang agak tinggi,” katanya Kharesma A/P Sathanadhan, Ketua Exco Program Kala Raatina 2.0.


“SKMI adalah salah satu kelab yang sentiasa melakukan program seperti ini bagi membantu golongan miskin di luar sana. Kelab kami juga berjaya mengendalikan Kala Raatina 2021 melalui alam maya dan mengumpul sejumlah besar wang kepada saudari Gawri yang menghidapi kanser paru-paru dan dana yang dikumpul dapat menanggung kos kemoterapinya.


“Pelajar UKM dialu-alukan untuk menyertakan diri dalam pertandingan futsal, badminton, e-sukan, menari dan menyanyi.


“Penyertaan pelajar UKM dalam pertandingan-pertandingan ini akan juga menyelamatkan nyawa Yuvanthika daripada penyakit kerana yuran kemasukan yang diterima daripada program turut diberikan kepadanya. Untuk makluman lebih lanjut sila layari akaun Instagram @kala_raatina2.0,” katanya lagi.


44 views0 comments

Related Posts

See All