top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Suasana Mengundi Di SMJK Pulau Sebang

Penulis: Moganapriya Loganathan

Penyunting: Syafiqah Jafri

Foto: Moganapriya Loganathan

GADEK, 20 Nov - Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang telah menjadi salah satu pusat pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan kelihatan tenang membabitkan 1,109 saluran bagi memilih 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu.


Pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Melaka pada tahun ini telah berlangsung di 217 pusat pengundian pada 20 November.Proses pengundian pada kali ini telah berlangsung dengan norma baharu dimana pengundi menghadirkan diri mereka dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain bagi mencegah daripada wabak Covid-19.


Tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati bahawa sekolah ini memiliki dengan 4 saluran dan suasana ini menunjukkan usaha Pembantu Pilihan Raya (PPR) yang bertungkus-lumus dalam membuat persediaan awal dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan supaya proses pengundian ini berjalan dengan lancar serta terkawal.


Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 1, Ramamoorthy Muthussamy,60 beliau menerangkan suasana tempat pengundian ini dengan lebih jelas dan terperinci dari awal sehingga proses akhirnya.


“Sebagai seorang KTM bagi saluran ini saya telah diamanahkan dengan beberapa tugasan yang terpenting dimana memastikan persediaan tempat adalah teratur,mengawasi Kerani Pengundian semasa melakukan peranan masing-masing serta mengambil kehadiran ejen-ejen parti yang berkaitan dalam proses pengundian ini. Selepas tamat proses pengundian,setiap Ejen Mengira Undi (EMU) dan Kerani Mengira Undi (KMU) akan terlibat dengan proses pengiraan undi bagi mengelakkan segala penipuan serta kekeliruan pada masa itu” ujar beliau.


Menurut kata Kerani Pengundi/ Kerani Mengira Undi (KP/KMU) Saluran 1 Noradilin Anuar,37 beliau berkongsi pengalaman sebagai petugas dalam saluran ini serta memberikan pendapat tentang kerjasama pihak yang terlibat.


“Saya berasa gembira kerana dapat belajar pengalaman yang baharu sebagai petugas serta dan juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang tertentu kerana proses sanitasi seluruh bilik telah dilakukan setiap 2 jam,pengundi yang hadir untuk mengundi telah mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengikut prosedur proses pengundian.Saya juga berasa bangga kerana seramai 131 pengundi bagi saluran ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik” beliau berkata.


Menurut seorang pengundi saluran 1, Vijayalechumi Karuppiah,36, beliau telah menyatakan keadaan sepanjang proses pengundian berlangsung dan turut menyuarakan harapan beliau sebagai seorang pengundi.


“Saya amat bangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang bertugas bagi menjalankan proses pengundian ini berjalan dengan selamat serta lancar. Suasana yang teratur dan memudahkan perjalanan saya semasa mengundi.Sebagai pengundi,saya juga berharap agar parti yang menang akan membentuk satu kerajaan baharu dengan adil yang saksama bagi kemakmuran rakyat sentiasa dikawal dan tidak terancam.” Kata beliau.


Selepas proses pengiraan undi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada kali ini,yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

94 views1 comment

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page