top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Subaru Jamboree Gegar UKM

Oleh : Muhammad Haziq Fikri Hassan

Penyunting : Nurul Farhana Abdullah



Sumber : Amirul Firdaus

BANGI, 20 Okt – Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) gegar dengan kehadiran hampir 500 lebih buah kereta berjenama Subaru yang terdiri daripada pelbagai variasi model, reka bentuk dan warna yang menarik. Kehadiran ratusan kereta Subaru itu telah memecah kesunyian di Dewan Gemilang UKM pada Sabtu yang lalu.


Keunikan dan kepelbagaian kereta berjenama Subaru di Program Subaru Jamboree 2019 pada 12 Oktober yang lalu merupakan program yang sering diadakan khusus buat peminat kereta Subaru di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai peminat kereta Subaru disamping mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.


“ Program ini merupakan satu pengalaman yang menarik dimana peminat kereta berjenama Subaru dapat berkenalan dan bertukar pendapat dengan lebih dekat lagi berbanding sebelum ini yang mana hanya berkenalan dan berbual menerusi media sosial sahaja.” kata Wan Shuhairul Wan Darus, 40, Pengarah SUBARU Owners Community Club.


Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan seperti demostrasi kelajuan dan kelincahan Subaru, Autoshow dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Terdapat banyak gerai-gerai dibuka sepanjang program itu berjalan. Antaranya adalah gerai yang menjual pelbagai aksesori seperti payung edisi terhad Subaru, t-shirt, keychain dan pelbagai lagi aksesori kereta yang lain.


Menurut Thanish Ananth, 22 tahun berkata “Saya dapat meluangkan masa hujung minggu saya dengan mengunjungi program ini kerana banyak aktiviti menarik yang dijalankan seperti Bayblade Battles, Hotwheel Sales dan banyak lagi.”


Bagi saudara Amirul Firdaus, 21 tahun pula berkata, “Program ini sangat menarik kerana saya dapat mengetahui pelabagai jenis model kereta Subaru dan ini merupakan pengalaman yang bermakna kerana dapat melihat pertunjukan dan keunikan kereta Subaru yang dipersembahkan ketika program itu berjalan.”


Program Subaru Jamboree 2019 ini disempurnakan lagi dengan perasmian oleh Dun Sg Ramal iaitu Yang Berhormat Tuan Mazwan Bin Johar pada jam 5.15 petang. YB Tuan Mazwan turut melawat kawasan sekitar program untuk melihat setiap aktiviti yang berlangsung. Demonstrasi kepantasan dan kelincahan juga dipersembahkan untuk menunjukkan kehebatan dan keunikan kereta Subaru tersebut.


Keluarga yang turut hadir bersama anak-anak mereka tidak akan berasa bosan kerana turut disediakan permainan Beyblade Battles untuk mengisi masa mereka.

58 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page