Penulis: Aliff Idzwan Abdullah
Penyunting: Sharveshwaran Ramara
PUTRAJAYA, Jan 9 – Rekreasi berkaitan sukan air yang dianjurkan di Kelab Tasik Putrajaya ini menjadi “viral” di TikTok, dimana kelab tasik tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk mencuba rekreasi sukan air.
Sukan air yang ditawarkan di kelab tasik tersebut adalah Single Kayak, Double Kayak, Canadian Canoe dan Rowing. Dimana harga yang ditawarkan serendah RM10.60 sehingga RM21.20 (satu jam), waktu operasi adalah seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari.
Kelab Tasik Putrajaya telahpun terjejas akibat pandemik Covid – 19, dimana pengunjung yang datang majoriti adalah dari ahli kelab sendiri. Ia menyebabkan Kelab Tasik Putrajaya ini menutup aktiviti rekreasi pada peringkat awal PKP, dan ini menyebabkan sambutan kurang baik seperti sebelum pandemik ini berlaku.
Amir Aiman, 26, daripada Boating Department “Saya ketahui bahawa Kelab Tasik Putrajaya baru – baru ini viral kerana ramai di antara pengunjung yang datang ialah dari orang luar dan bukan ahli kelab disini. Kami sebagai sebuah pasukan yang mengendali rekreasi air kelab disini terkejut dan tidak bersedia dengan keadaan yang terlalu ramai, dengan ini kami mengambil inisiatif untuk menyusun strategi dengan mengadakan sesi tempahan bagi pelanggan yang ingin beriadah di kelab tasik ini.”
“Ini adalah untuk menyenangkan pelanggan dan juga membolehkan kami untuk membahagi masa, jadi tidak ada pelanggan yang tertinggal ataupun tidak dapat untuk beriadah disini. Kerana pelanggan yang berkunjung kali ini sangat ramai dan kami terpaksa mengambil intern untuk menolong dan melatih pelanggan yang beriadah.”
Nik Azmira, 23, “Ini adalah kali pertama saya datang ke sini, dan saya datang berkunjung disini disebabkan melihat Kelab Tasik Putrajaya ini di TikTok beberapa hari yang lepas. Pada mulanya saya berasa takut kerana saya bimbang terhadap air, tetapi apabila orang yang menjaga rekreasi air ini memberikan taklimat dan sedikit latihan, saya berasa yakin dan terus memulakan rekreasi kayak ini.”
“Saya berasa tenang dan menyeronokkan apabila saya pandai menggunakan paddle untuk berkayak, jadi saya sarankan untuk orang lain yang ingin mencuba aktiviti kayak ini kerana staf – staf yang menjaga disini sangatlah peramah dan baik.”
Farra Ain, 19, “Saya berasa penat dan juga gembira kerana dapat mencuba sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini, saya dapat tahu tempat ini kerana kawan saya menghantar video daripada TikTok. Saya terus menempah sesi untuk berkayak bersama kawan saya, tempahan yang dibuat amatlah senang kerana saya hanya perlu menelefon kelab tersebut dan staf terus memberitahu sesi dan masa yang kosong.”
Tambahan daripada Amir Aiman, “Harga – harga yang ditawarkan disini sudah murah jika dibandingkan dengan organisasi yang menawarkan rekreasi air, seperti kayak, perahu panjang (canadian canoe) dengan rowing machine. Kebanyakkan pengunjung memilih kayak dan juga perahu panjang di Kelab Tasik Putrajaya ini.”
Comments