• Nadi Bangi

Sukarelawan HOPE Bantu Anjing Liar

Oleh: Ang Xin Yi

Penyunting: Amni Amirah Izzati binti Mohd Afandi


Sumber : HOPE

Johor, 11 Nov - Seramai 100 orang sukarelawan telah menyertai Bathing and Adoption Day yang dianjurkan oleh HOPE untuk memandikan dan membersihkan tempat perlindungan anjing-anjing dan kucing liar di Pekan Nanas, Johor.


Homeless and Orphan Pet Exist’s (HOPE) merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2008 untuk menyelamatkan haiwan liar, memberikan bantuan dan perubatan, dan juga bertujuan untuk mengubah kehidupan haiwan liar.


Pengurus HOPE, Kimmy Kok berkata hari Ahad minggu pertama pada setiap bulan merupakan hari terbuka untuk sukarelawan membantu anjing dan kucing liar dari segi dandanan (grooming) dan pembersihan tempat tinggal mereka”.


“Jumlah anjing dan kucing yang ada di sini sebanyak 3000 ekor dan kami tidak mempunyai sumber tenaga yang cukup untuk memandikan kesemua anjing dan kucing kami.” katanya Kimmy.


Kebanyakan haiwan liar di sini telah diseksa oleh pembela, dibuang, menghadapi kemalangan ataupun sebagainya dan HOPE telah membawa mereka balik ke sini untuk memberi rawatan dan bantuan.


“Kami mengharap pengambilan anjing menggantikan pembelian, seperti slogan kami Adopt, Neuter, Don’t Abandon dan kami mencari orang yang sudi mengangkat anjing kami dan boleh menjaga mereka dengan sebaik-baiknya dan tidak membuang mereka bila bosan.” kata Kimmy.


Tambahan lagi, HOPE tidak mendapat dana daripada mana-mana agensi kerajaan ataupun swasta dan perbelanjaan mereka memakan sebanyak RM170K sebulan untuk perbelanjaan perubatan haiwan, makanan dan lain-lain.


“Dengan bantuan penganjur bersama Omega Leo Club of Labis and Omega Leo Club of JB City, kami telah mendapat 60 bungkus makanan anjing yang berat 15kg dan kami harap boleh mendapat 100 bungkus dalam bulan ini.


“Bantuan daripada masyarakat adalah sangat penting dan kami mengharapkan bantuan daripada orang ramai dari segi sumber kewangan mahupun tenaga,” katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Nadi Bangi.


Ho Yan Ling, 28, seorang akauntan dari Melaka berkata dia sangat suka anjing dan kucing dan dia datang ke sini adalah untuk membantu anjing dan kucing liar supaya mereka dapat hidup dalam suasana yang bersih dan sihat.


“Saya telah menyertai program ini sebanyak 3 kali dan saya akan datang lagi untuk membantu haiwan-haiwan liar di sini,” kata Yan Ling.


Loh Shi Hui, 19, seorang pelajar berkata “Ini merupakan kali pertama saya menyertai program ini dab program ini amat bermakna dan saya harap lebih ramai orang akan memberi perhatian atas isu pembuangan anjing dan juga masalah anjing liar yang semakin serius.


“HOPE telah membantu banyak anjing dan kucing liar mendapat tempat perlindungan yang selesa.” katanya.


Thong Bee Lieng, 34, seorang suri rumah tangga berkata dia menderma kepada mereka melalui “Monthly Auto Debit Sponsorship Programme” dan setiap bulan akan menderma sebanyak RM50 sebulan kepada HOPE untuk membantu NGO ini.


Para penderma dan penaja boleh mendapat penolakan pembayaran cukai dengan menggunakan resit derma daripada HOPE.

55 views0 comments

Related Posts

See All