top of page
  • Writer's pictureYasmin Alyaa Fathinah

Sumbangan 1000 Karton Susu Nilofa Kepada Pelajar UKM

Penulis: Yasmin Alyaa Fathinah Jafpar

Penyunting: Zurain Syahira Jupri



BANGI, 4 Julai - Syarikat Nilofar Health & Beauty menyumbang 1000 karton susu kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibawah program Nilofa@IPT di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.


Program Nilofa@IPT merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Syarikat pengeluar Nilofa, Nilofarr Health & Beauty, milik seorang pelakon dan hos televisyen Noor Neelofa Mohd Noor dimana susu yang berperisa keluaran syarikat itu diberikan kepada pelajar di institut pengajian tinggi.


Menurut wakil daripada Nilofarr Health & Beauty, Fazlan Kamaruzaman berkata tujuan pemberian susu ini adalah untuk masyarakat dapat rasa perisa yang berbeza sejurus dengan pemberhentian pengeluaran produk.


“Kami memberi air minuman ini kepada pelajar kerana mahu kongsi rasa bersama dimana semua pelajar dapat merasa perisa air susu yang berbeza dikeluarkan oleh syarikat kami. Pada masa yang sama, seperti digembar-gemburkan di media sosial pemilik syarikat itu, Noor Neelofa Mohd Noor, pengeluaran susu berperisa ini akan diberhentikan serta merta”’ ujarnya.


Tambahan beliau, susu yang diberikan kepada pelajar adalah disebabkan oleh lebihan stok, bukan disebabkan kontroversi sebelum ini.


“Sebelum ini terdapat kontroversi dimana susu perisa durian yang diberikan telah sampai tarikh luput. Jika dilihat, susu yang kami berikan pada hari ini juga ada yang telah hampir dengan tarikh luput. Akan tetapi, tarikh tersebut bukan menunjukkan ia telah tamat tempoh, sebaliknya ia adalah baik sebelum.


“Tarikh luput yang sudah sedia ada pada minuman itu boleh dilanjutkan selama satu hingga dua minggu”, ujar beliau.


Program ini juga mendapat sambutan yang hangat serta respons yang positif daripada pelajar UKM.


“Saya rasa program ini adalah inisiatif yang bagus kerana ia menunjukkan Nilofa Group prihatin dengan situasi pelajar. Saya berharap agar inisiatif seperti ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan”, kata Nur Syafiqah Azmira Binti Khalid, pelajar Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).


Bagi Ahmad Hamizi Bin Rusdi, pelajar Fakulti Pendidikan berkata dia berasa teruja untuk mencuba produk keluaran artis terkenal tersebut.


“Ini pertama kali saya mencuba produk keluaran oleh Neelofa, jadi saya mahu melihat sama ada produk ini bagus seperti yang diperkatakan oleh orang ramai yang telah mencuba prdouk ini,” ujarnya.


Nurnabila Huda Binti Subandry, pelajar Komunikasi Media, FSSK berkata selain dapat merasa perisa yang berbeza, pemberian susu ini dapat mengelakkan pembaziran.


“Saya memang peminat dan gemar minum susu Nilofa yang berperisa pisang. Apabila mereka memberi perisa yang berbeza iaitu perisa mangga, saya tidak sabar untuk mencuba. Pada masa yang sama, saya rasa inisiatif ini bagus kerana dapat elakkan pembaziran dengan berkongsi bersama susu yang ada bersama pelajar,” katanya.


53 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page