• Nadi Bangi

Festival Sastera Kanak-Kanak Di Sambut Meriah

Oleh: Dina Farhana Hussain

Penyunting: Liaw Jia Ying


KUALA LUMPUR, 4 Okt - Festival Sastera Kanak-kanak 2019 julung kalinya diadakan di Perpustakaan Negara dimana sebelum ini diadakan di Dataran Merdeka dan Maju Junction, festival yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 4 hingga 6 Oktober menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik.


Penampilan istimewa iaitu animasi Malaysia Didi and Friends dan Hana Oh Hana dalam Festival Sastera Kanak-kanak merupakan anjuran kali ke-lima dimana ia adalah program tahunan bagi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).


Menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Maizan Ismail, “objektif festival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak dan pada masa yang sama bertujuan untuk menyemarakkan lagi buku-buku sastera kanak-kanak”.


Pemilihan Perpustakaan Negara sebagai tempat festival merupakan salah satu strategi untuk menyemarakkan lagi kegunaan perpustakaan terutamanya perpustakaan kanak-kanak.

Beliau juga menjangkakan seramai 30 ribu pengunjung datang memeriahkan festival yang berlangsung selama tiga hari.


Kemeriahan festival dapat dirasai pada hari pertama dengan kunjungan rombongan para pelajar dari sekolah di sekitar ibu kota serta sekolah dari luar Kuala Lumpur yang menyertai pelbagai aktiviti dan bengkel yang di sediakan oleh PNM.


“Saya seronok berada di sini sebab ada banyak buku dan dapat tengok orang berbakat dalam pertandingan bercerita,” kata Nadiah Maisarah, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Desaminium, Seri Kembangan.


Menurut Syazana Amirah, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sentul 2, “ini kali pertama datang festival dan Perpustakaan Negara, saya sangat teruja kerana banyak buku, aktiviti dan langsung tidak berasa bosan bila berada di sini.”


Festival Sastera Kanak-kanak ini padat dengan pelbagai aktiviti seperti bengkel penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak, bengkel genius sifir, bengkel biblioterapi dan banyak lagi. Terdapat juga pertandingan menarik dipertandingkan antaranya ialah pertandingan membaca braille, pakaian beragam dan sahibba jawi.

51 views0 comments

Related Posts

See All