top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Pada Penghujung 2021

Penulis: Audrey Tung Kuo Ying

Penyunting: Ghirija Muthu

Foto: Audrey Tung Kuo Ying

BENTONG, 5 Okt - Pembukaan taman tema Genting SkyWorlds tidak lama lagi sudah tentunya berpotensi dapat menambahkan lagi jumlah pengunjung ke Resort World Genting.

Genting Malaysia, salah satu kumpulan pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia, sedang membuat persediaan untuk pembukaan Genting SkyWorlds sebelum akhir tahun ini. Pada Jun 2021, syarikat telah mengumumkan pelancaran taman tema itu akan ditangguhkan sehingga Disember. Pada November, Genting Malaysia mula membuat latihan teknikal di tapak tarikan baharu itu.

Genting Malaysia telah melabur lebih $800m dalam projek Genting SkyWorlds. Destinasi ini akan menjangkau lebih 26 ekar. Ia akan menampilkan sembilan tanah bertema, termasuk Zaman Ais, Epik, Rio, Malam di Muzium, Robot, Planet Beruk dan Hari Kemerdekaan.

“Mengambil kesempatan bercuti, akhirnya saya tiba di Genting, tempat yang penuh dengan kenangan zaman kanak-kanak. Taman tema baru itu telah menjadi sangat berbeza dari semasa saya kecil. Saya dan kawan-kawan rasa terkejut kerana terdapat ramai orang di sini walaupun kita masih dalam pandemik. Dan walaupun saya rasa amat gembira kerana taman tema itu akan dibuka semula, saya masih bimbang tentang kesan terhadap pencegahan wabak. Harap semua orang boleh mengikut SOP semasa mengunjung di sini” kata seorang pengjunjung, Ching Zi En.


Lagi seorang pengunjung Kwek Kian Sheng berkata: “Saya mengetahui pihak pengurusan Genting telah menjemput tetamu dan pekerja untuk melihat taman tema baharu itu dan mereka juga menjalankan penyemakan untuk memastikan tidak ada masalah teknikal. Saya rasa pihak pengurusan telah membuat pemeriksaan dan prosedur yang diperlukan dari segi keselamatan, jadi saya juga berharap Taman Tema Genting dapat dibuka semula dengan lancar.Walaupun jauh berbeza dengan kenangan zaman kanak-kanak tetapi Genting kini yang berwajah baru juga cukup bagus.


“Untuk pelancaran taman tema Genting SkyWorlds yang dinanti-nantikan, pihak pengurusan nampaknya menyasarkan penghujung 2021. Ambil perhatian bahawa tarikan taman tema telah pun dibuka untuk pratonton untuk pekerja dan tetamu jemputan untuk mengumpulkan maklum balas bagi menyelesaikan sebarang masalah operasi. Sebagai pelawat, saya benar-benar menantikan hari yang lebih cerah apabila Genting membuka pintu ke taman tema yang luar biasa ini dan mempersembahkan pengembaraan unik, menyeronokkan dan menakjubkan yang ditawarkan Genting SkyWorlds”, kata pengunjung Jaslin Tan.

Genting SkyWorlds sudah pasti bersiap sedia untuk menjadi pengalaman penuh pengembaraan yang tidak seperti yang lain. Ketika negara meletakkan sasaran untuk mengatasi wabak itu, pembukaan Genting SkyWorlds semakin hampir ke garisan penamat. Walaupun pada mulanya dijadualkan pada pertengahan tahun 2021, pembukaan Genting SkyWorlds telah ditangguhkan sementara menunggu kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional, dengan mengambil kira situasi COVID-19 yang berkembang dan berikutan pematuhan kepada peraturan dan SOP kerajaan. Dengan mengatasi semua kekangan dalam pandemik ini, Genting SkyWorlds akhirnya akan buka semula tidak lama lagi.



52 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page