top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tayangan Mikrofilem “DreamCast” Meningkatkan Kesedaran Masyarakat

Updated: Apr 29, 2021

Oleh: Andrew Bong

Penyunting: Ariq



BANGI, 19 April - Konsep utama mikrofilem Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41 “TRUTHSEEKER” telah berjaya meningkat kesedaran dalam golongan masyarakat selepas malam premium mikrofilem yang bertajuk “DreamCast”.


Mikrofilem yang bertajuk “DreamCast” ini berjaya ditayangkan melalui platform Facebook secara atas talian pada 10 April, pukul 7:30 malam secara atas talian. Mikrofilem ini adalah dihasilkan oleh sekumpulan mahasiswa-mahasiswi yang masih belajar di UKM yang terdiri daripada 27 orang mahasiswa daripada program pengajian yang berlainan juga. Persiapan yang dilakukan oleh sekretariat pesta tanglung UKM berlangsung selama 4 bulan bermula daripada penyedian awal, proses merakam, menyunting video dan lain sebagainya


Konsep utama dalam mikrofilem tersebut adalah berkaitan dengan ‘TRURHSEEKR’ yang didefinisikan sebagai kemampuan untuk mengenali maklumat palsu dan mencari maklumat yang benar dalam internet. Konsep ini bertujuan untuk mendorong pengguna-pengguna media sosial mengetahui pengenalan mesej yang mengandung maklumat palsu. Pengguna-penguna media sosial harus mengesahkan mesej dari maklumat dari sumber yang tidak diketahui.


Konsep ‘TRUTHSEEKER’ mengingatkan pengguna-pengguna media sosial haruslah memperbesar objek yang ingin kita lihat, kita juga harus selalu memperbesar dan memperhatikan perincian maklumat dalam talian, serta lebih memperhatikan jejak maklumat yang mencurigakan dan palsu. Kita harus mencari sumber maklumat yang sebenar untuk mendapatkan mesej maklumat yang relevan. Untuk menggunakan kaca pembesar secara optimum, kita perlu menyesuaikan kedudukan atau sudut dari semasa ke semasa untuk mendapatkan gambar yang paling jelas. Sama seperti membaca maklumat, kita harus selalu menganalisis maklumat dari perspektif yang berbeza.


Dalam mikrofilem “DreamCast” tersebut, pihak Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41 telah menjemput penasihat-penasihat Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41 iaitu, Prof Madya Dr. Chang Peng Kee dan Dr. Vivien Yew Wong Chin untuk menjalankan sesi temuduga tentang konsep utama dan pandangan terhadap mikrofilem yang akan dijalankan. Rakaman sesi temuduga tersebut juga ditayangkan dalam pendahuluan malam premium mikrofilem untuk meningkatkan kesedaran golongan masyarakat terhadap isu berita palsu yang sering berlaku dalam media sosial kini.


Selain daripada itu, penganjur juga mendapat penaja-penaja yang amat dihormati seperti Sri Ternak Group of Company, JC Visual dan bantuan dari pihak media seperti Sinchew+, Fm 988 dan HI! Campus yang banyak memberi bantuan dalam proses penyediaan awal mikrofilem.


Menurut Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41 Goh Ling Kern dalam sesi temuduga, “Kaedah penganjuran program secara dalam talian telah mendatangkan cabaran yang besar kepada Sekretariat Pesta Tanglung ke-41. Kaedah berkomunikasi yang dahulunya berfokuskan perjumpaan bersemuka kini terpaksa dijalankan melalui media sosial atau aplikasi dalam talian seperti Google Meet dan Zoom.”


“Perubahan kaedah berkomunikasi sememangnya kurang berkesan berbanding dengan interaksi secara bersemuka. Perubahan perancangan mengikut keadaan semasa turut menjadi salah satu cabaran kepada pihak kami akibat situasi COVID-19 yang tidak stabil di negara kita.”


“Namun begitu, pihak kami tetap bertabah dalam menghadapi cabaran tersebut dan telah mencuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Sifat kecekalan yang dipamerkan oleh para ahli jawatankuasa seharusnya dibanggakan. Saya turut amat berterima kasih terhadap segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh para ahli jawatankuasa bagi menjayakan program mikrofilem yang cukup mencabar ini.”


Menurut komentar daripada saudara Khoo Jie Shen, “Pada pendapat saya, plot mikrofilem ini agak menarik Namun demikian, kesudahan watak utama tidak ditampilkan dengan sejelasnya. Pada pendapat saya, kesudahan watak seperti mungkindiboikot oleh para pengguna internet setelah mengetahui tingkah-langkunyayang bersifat penipuan yang sering berlaku ini.


“Pada pendahuluan mikrofilem, saya telah tertarik dengan ‘effect’ yang dilakukan iaitu laman web siaran langsung tersebut. Penghasilan dan pengeditan mikrofilem adalah lancar dan tidak membosankan penonton. Kelemahannya ialah penghujung mikrofilem ini agak pendek dan cepat. Namun, penghujung mikrofilem ini mengandungi elemen saspens dan memberi ruangan bagi penonton untuk membayangkan cerita yang seterusnya”.


“Secara keseluruhan, mikrofilem ini amat menarik dan telah berjayanya menyampaikan mesej yang ingin diberi dengan tepat dan natural. Saya akan merekomen kawan saya untuk menonton mikrofilem ini,” komen dari saudari Lee Jia Min selepas menyaksikan mikrofilem “DreamCast” tersebut”.


Berdasarkan komentar daripada saudiri Michelle Kion, “Plot cerita dalam mikrofilem “DreamCast” ini sebenarnya sangat biasa dalam laman sosial yang penuh dengan maklumat ini. Sebagai seorang pengguna media sosial, kita perlulah bijak membezakan maklumat yang dipaparkan di media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan sebagainya”.


“Selepas menonton mikrofilem ini, saya sedar bahawa menyampaikan maklumat yang tidak benar akan memburukkan nama baik seseorang. Kita mestilah memastikan maklumat itu adalah betul sebelum berkongsi dengan orang lain kerana maklumat yang kita boleh dapati dari internet tidak semestinya betul”.


Pada akhirnya, Mikrofilem Pesta Tanglung UKM ke-41 telah berjaya menayangkan melalui platform media iaitu Facebook secara Live dan mencapai jumlah penonton yang sebanyak 6 ribu lebih bilangan penonton mikrofilem setakat ini. Selepas mikrofilem ditayangkan, terdapat pula banyak pihak luaran juga memberikan komentar positif terhadap hasil mikrofilem yang dibuat oleh Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-41.

253 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page