• Nadi Bangi

Telekung Anti Kepam Habis Terjual Kurang Dari 4 Minit

Penulis : Amiera Hanis Hussin

Penyunting : Siti Masyitah Shabri


Sumber : Sumber : Laman sesawang Calaqisya


BANGI, 23 Jan – Keluaran terbaru telekung anti kepam berjenama Calaqisya yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Januari lalu secara atas talian telah mendapat sambutan ramai apabila telekung ini habis terjual kurang dari 4 minit.


Telekung yang dikatakan anti kepam ini mendapat sambutan ramai kerana difahamkan mempunyai kualiti kain yang sangat baik khususnya bagi mengatasi bau kepam yang disebabkan oleh air wuduk yang diambil sebelum menjalankan ibadah solat yang boleh menyebabkan telekung yang dipakai menjadi lembab dan berbau serta boleh mengundang rasa gatal dan ketidakselesaan.


Pembuatan telekung anti bau Calaqisya diselitkan sepenuhnya dengan teknologi antimikro canggih dari Eropah, menjadikannya unik dan berbeza dengan telekung-telekung jenama lain.


Telekung yang merupakan salah satu daripada siri meraikan ulang tahun jenama Calaqisya yang ke-10 ini tidak berbau meskipun dilipat sejurus digunakan, selain dari bentuknya yang cantik dan kualiti kainnya yang selesa.


Justeru, tidak hairanlah jika telekung inovasi terbaharu ini habis terjual dalam beberapa minit sahaja.


“Calaqisya is another level of brand oo, kurang dari 1 jam I think, telekung depa dah sold out, aku sangat suggest kalau korang nak beli memang berbaloi !! jarang la tak best dorang punya collection.” – twitter @effarozalia9


“Telekung calaqisya ni tak terasa tercekik pun dekat bahagian muka.. lembut and longgar je and ringan je fabric dia.. omg im in luvh tapi tak nak pakai lagi sebab sayang.” Instagram @sofeajane


Berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh wartawan Nadi Bangi di laman Sosial Twitter dan Instagram ini, rata-rata netizen juga sangat menyukai telekung anti bakteria ini.


Calaqisya’s R&D team is really doing it right. Identifying everyday problems like telekung Kepam and worrying about our stuff while praying then providing the best solution for it.”


Menurut @aisyahazmir yang merupakan salah seorang peminat telekung berjenama Calaqisya ini menyatakan bahawa pasukan Calaqisya membuat keputusan yang betul dalam mengeluarkan produk yang dapat mengenalpasti masalah seharian seperti “telekung kepam” semasa beribadah dan ini memberi penyelesaian kepada masalah berkenaan.


Selain dari telekung, Calaqisya juga ada mengeluarkan pakaian muslimah moden yang sesuai dipakai oleh wanita muslimah yang gemar dalam meragakan pakaian yang cantik tetapi sopan dan menutup aurat.




[1]

510 views0 comments

Related Posts

See All