Oleh : Sharifah Sofeena
Penyunting : Shafiq Haizad
Sumber : Laman Rasmi Twitter KKM
PUTRAJAYA, 16 NOV – Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik kenyataaan di laman rasmi Twitter KKM bahawa negeri-negeri yang dikenakan PKPB kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis akan tamat lebih awal sekiranya penilaian risiko jangkitan Covid-19 di kebanyakan negeri berkurangan, tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM ini turut mendatangkan kerisauan kepada sesetengah orang kerana bilangan kes yang masih banyak.
Nadi Bangi telah merujuk akaun Youtube Berita Harian dan memetik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata “Kementerian Kesihatan sekarang membuat penilaian seluruh negeri yang diisytiharkan sebagai kawasan PKPB. Jadi saya percaya jika tiada kes baharu dari segi jangkaan kebarangkalian jangkitan itu sudah tidak berlaku, kawasan sudah semakin hijau dan dari segi penilaian risiko sudah tidak berisiko. Saya percaya mungkin kawasan-kawasan tersebut akan ditamatkan lebih awal daripada yang ditetapkan selama sebulan”.
Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang melibatkan semua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis telah berkuatkuasa sejak 9 November sehingga 6 Disember ini. Keputusan ini dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 dan setelah mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). SOP yang ditetapkan adalah sama seperti SOP yang diumumkan sebelum ini. Setakat hari ini sebanyak 1103 kes baharu dan 821 kes sembuh baharu telah dicatatkan. Manakala bagi jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 12,601 kes.
Nadi Bangi memetik komen salah seorang pengguna Twitter yang berasa bimbang akan kenyataan yang dikeluarkan itu, @sirmohdzarin meluahkan rasa risaunya dan memberi komen, “Tak tau la berita baik atau berita merisaukan. Macam dalam keadaan sekarang, biar PKPB dilaksanakan sempurna mungkin, dah betul-betul settle baru stop. Agaknya macam ni lagi lega kot rasa”.
@HafieZulhakim17 menerusi akaun Twitternya tidak bersetuju PKPB ditamatkan lebih awal dan menyatakan pandangannya, “No. Perketatkan lagi sampai jumpa vaccine. PKPB ni pun mcm tak function ramai gila rakyat keluar masuk mall dengan family, couple, siap ada yang bawa anak-anak kecik sekali. SOP tak reti nak patuh. Check suhu pun kat tangan. Tak reti social distance dan lain-lain. Please, make the right call”.
Ada juga yang berasa ia merupakan satu berita yang baik dan menyatakan pandangannya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu. @dyana_ayoup menerusi akaun Twitternya berkata, “It’s great, tapi better focus untuk perketatkan dan kawal pergerakan di negeri-negeri yang selalu catat kes tinggi dari hari ke hari seperti Kuala Lumpur, Selangor. Pray for Malaysia.”
Meskipun tiada kata putus sama ada PKPB akan ditamatkan lebih awal atau tidak, rakyat Malaysia haruslah patuhi SOP agar dapat melandaikan lengkung Covid-19 dan menurunkan kadar kebolehjangkitan. PKPB akan tamat awal sekiranya kita semua sama-sama menjalankan tanggungjawab mencegah penularan wabak Covid-19 serta mengamalkan norma baharu dan patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Comments