top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Teruja Buat Biskut Sendiri Pertama Kali Untuk Tahun Baru Cina

Oleh: Shirly Low Shi Li

Penyunting: As Nurul ‘Ainaa Awanudin


Sumber : Facebook

BANGI, 6 Jan – Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 Februari ini, masyarakat Cina yang tidak tahu membuat biskut berasa teruja dan bersemangat untuk membuat biskut secara sendiri buat pertama kali setelah resepi tersebut dikongsi oleh kaum keluarga dan sahabat handai.


Dalam negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, Tahun Baru Cina disambut meriah oleh rakyat tempatan dengan dekorasi yang beraneka warna yang terang seperti merah dan emas untuk membawa keuntungan dan keceriaan dalam perayaan ini. Dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini, masyarakat Cina amat mementingkan makanan yang beraneka serta bervariasi untuk dihidangkan. Antara makanan yang dihidangkan pada perayaan Tahun Baru Cina adalah biskut dan makanan ringan. Biskut dan makanan ringan yang disediakan sebelum menyambut perayaan tersebut adalah untuk menjamu tetamu yang melawat ke rumah dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina tersebut.


Terdapat masyarakat Cina yang akan membuat kuih untuk dijual untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tingkah laku untuk menaikkan semangat serta membawa kegembiraan untuk menanti-nantikan ketibaan Tahun Lembu ini.


Lim Yoke Kam, 43, mengatakan bahawa perniagaan beliau dalam menjual biskut pada Tahun Baru Cina ini telah merosot berbanding dengan tahun yang lepas. Beliau menjual 10 jenis biskut sahaja untuk dijual berbanding dengan tahun lepas, beliau menjual sekurang-kurangnya 20 jenis biskut menjelangperayaan Tahun Baru Cina. Beliau mengurangkan bilangan jenis biskut yang akan dijual kerana kekurangan pelanggan yang membeli biskut tersebut.


“Tahun ini saya kurangkan jenis pilihan biskut tau. Dulu saya jual banyak, 20 lebih jenis biskut. Tahun ini saya jual 10 jenis saja. Sebab tak ramai orang nak beli. Perniagaan sudah turun banyak. ”


Huan Han Kam, 30, mengatakan bahawa tahun ini merupakan percubaan pertama beliau dalam membuat biskut sendiri untuk perayaan Tahun Baru Cina. Pada tahun lepas, beliau membeli biskut daripada penjual biskut. Beliau telah mencuba satu demi satu resipi yang dikongsi oleh kawan-kawannya di laman media sosial Facebook. Terdapat beberapa resipi yang dikongsi itu bukan semuanya betul dan sesuai digunakan. Beliau akan membuat penambahbaikan terhadap resipi yang dikongsi supaya dapat menghasilkan biskut yang enak menjelang Tahun Baru Cina.


“Dulu saya beli dengan orang lain. Tapi tahun ni saya buat sendiri. Saya tengok kawan saya share dekat Facebook, tengok macam senang. Saya pun buat sendirilah. Saya cuba banyak resipi yang dikongsi oleh kawan. Setiap resipi saya try saya akan buat penambahbaikan. ”

“Buat sendiri jimat wang. Sekarang saya boleh sendiri dan adjust kemanisan biskut Tak payah takut tak sihat sebab buat sendiri. Saya juga puas hati bila ahli keluarga puji saya sebab pandai buat biskut. ”


Chua Chu Kong, 33, berpuas hati apabila melihat ahli keluarga dan kawan-kawannya menikmati biskut yang dibuat oleh sendiri. Beliau juga mengatakan bahawa membuat biskut sendiri dapat menjimatkan wang kerana wang tersebut dapat digunakan untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat biskut.

173 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page