top of page
  • Writer's pictureAhmad Hasif Halimi

The Mention Gala kembali selepas 3 tahun Pandemik

Updated: Nov 21, 2022

Penulis: Ahmad Hasif Bin Halimi

Penyunting: Chua Yung Qi


Sumber Gambar: Nadi Bangi


BANGI, 12 Dis - The Mention Gala berjaya dilaksanakan pada 12 Disember di Bangi Avenue Convention Centre selepas tertunda selama 3 tahun akibat pandemik Covid-19. The Mention Gala merupakan majlis makan malam tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Mention. Kelab Mahasiswa Mention merupakan sebuah kelab yang dikendali oleh pensyarah dan pelajar program Komunikasi Media Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih 230 tetamu telah hadir memeriahkan majlis The Mention Gala. Para hadirin terdiri daripada pensyarah, pelajar tempatan serta antarabangsa bagi program Komunikasi Media kakitangan dan pihak penaja. Menurut Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Kadaruddin Aiyub berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan kelangsungan makan malam perdana ini serta kejayaan para pelajar komunikasi media UKM dari pelbagai aspek. “Majlis ini perlu diadakan untuk mengiktiraf pencapaian para pelajar MENTION dari semua aspek seperti akademik, kokurikulum, sukan dan sebagainya. Contoh kejayaan pelajar dalam Sukan Komanwel, Filem Festival Pelajar Malaysia, dan penerimaan geran filem pendek daripada FINAS dan banyak lagi,” ulasnya lagi. The Mention Gala turut dimeriahkan oleh persembahan pelajar dari tahun satu hingga tahun 3 komunikasi media. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis jemputan yang kian popular, Hariz Fayahet yang juga merupakan alumni UKM. Hadiah utama cabutan bertuah pada malam tersebut adalah penginapan percuma dua hari satu malam di homestay di Melaka tajaan Dahong Group Sdn Bhd. Hadiah yang menjadi rebutan para tetamu yang hadir telah dimenangi oleh sekumpulan pelajar Tahun 2. Sementara itu, pengarah program The Mention Gala, Muhammad Nazeem Bin Mohd Nazri berkata, matlamat bagi program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan meraikan kejayaan seluruh warga Mention. “Matlamat program ini berjaya dicapai walaupun terdapat pelbagai rintangan yang dihadapi. Ahli-ahli jawatankuasa bagi makan malam perdana ini telah bertungkus lumus selama tiga bulan bagi menjayakan acara yang berprestij dan signifikan terhadap Program Komunikasi Media UKM,” kata pengarah selepas program berlangsung. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Prof. Madya Dr. Kadaruddin Aiyub.

25 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page