top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

TIADA LAGI MASALAH KESESAKAN DI LALUAN PINTAS PUTRAJAYA - KOTA WARISAN

Oleh: Fauzan Ismail

Penyunting: Auzaee Athallah

Sumber: Kementerian Kerja Raya


DENGKIL, 4 Mei: Kesesakan jalan raya yang dihadapi oleh pengguna jalan raya di laluan pintas Putrajaya – Kota Warisan berakhir apabila Kementerian Kerja raya mengumumkan pembukaan simpang bertingkat berhampiran Dengkil di laluan tersebut pada jam 12 tengah hari 21 April 2020 lalu.


Persimpangan bertingkat tersebut dibina ekoran dari rungutan pengguna jalan raya yang menghadapi kesesakan setiap kali melalui jalan tersebut semasa pergi dan balik kerja setiap hari. Persimpangan tersebut juga turut digunakan oleh masyarakat setempat semasa menjalankan aktiviti harian mereka.


Menurut Kementerian Kerja Raya melalui kenyataan media bertarikh 20 April 2020, Jalan Persekutuan FT 26 merupakan jalan utama yang menghubungkan Pusat Bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Secara keseluruhannya, projek tersebut telah dapat disiapkan pada 16 Mac 2020, iaitu 4 bulan lebih awal dari tarikh siap sebenar iaitu pada 22 Julai 2020 dan berharap dengan pembukaan jalan tersebut dapat memberi manfaat kepada semua.


Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM 74 juta bagi membina persimpangan bertingkat di simpang empat Dengkil di sini, yang menjadi laluan utama antara Putrajaya dan Kota Warisan.


Nadi Bangi turut membuat tinjauan di sekitar jalan tersebut pada sebelum dan selepas pembukaan jalan tersebut mendapati, kenderaan bergerak lebih lancar. Berbanding sebelum ini, kesesakan yang mencapai 2 kilometer setiap hari sehingga menyebabkan kelewatan kepada pengguna untuk sampai ke destinasi masing-masing.


Menurut Puan Rozita, seorang pengusaha bas sekolah di sini, berharap selepas ini urusan menghantar dan mengambil murid sekolah tidak lagi kelam-kabut seperti sebelum ini. Buat masa sekarang beliau masih belum pasti sejauh mana kelancaran tugasnya kerana sekolah masih bercuti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bagi Encik Johari Abdul Halim, seorang pengajar di kolej swasta turut melahirkan rasa syukur kerana apa yang dinantikan oleh penduduk selama ini sudah boleh digunakan. Beliau yang juga seorang ustaz yang mengajar di surau sekitar sini turut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin kepada rungutan rakyat.


Turut mendapat perhatian Nadi Bangi ialah Tuan Haji Rosli Mansur, menjelaskan permohonan laluan bertingkat ini telah dibuat sejak tahun 2014. Beliau merupakan bekas Ketua Kampung yang terlibat secara langsung semasa permohonan itu dibuat.

16 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page