top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tiada Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Muhyiddin?

Oleh: Nazrin Sarnin

Penyunting: Vimala Shanmugam


Sumber: google


Senarai Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah diumumkan pada 9 Mac 2020. Senarai tersebut menimbulkan tanda tanya apabila tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sedikit berbeza dari kebiasaan dan kemunculan jawatan empat Menteri Kanan yang akan membantu pemerintahan beliau.


“Tiada keperluan melantik Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau dalam sidang media pengumuman Jemaah Kabinet pada 9 Mac 2020 yang lalu di Putrajaya.


Namun apakah relevan lantikan empat Menteri Kanan ini Wajarkah menteri-menteri ini diberikan portfolio bertindih?


Menurut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membantu tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.


"Menteri-Menteri Kanan akan bantu tugas Perdana Menteri termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya di dalam negara.”


"Maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik," hujahnya lagi.


Relevannya empat orang kepala lebih baik daripada satu kepala dan menteri-menteri lantikannya mempunyai latar belakang yang bagus dan sesuai memegang jawatan yang diberikan. Dato’ Seri Azmin Ali mempunyai ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi dan mempunyai latar belakang sebagai Menteri Ekonomi semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pula mempunyai pendidikan dalam bidang undang-undang.


Tambahan pula, semua senarai Menteri yang dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas dan bersih daripada rekod kes mahkamah serta telah disemak latar belakang mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun timbul pula persoalaan baharu dengan lantikan menteri ini. Mampukah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengendalikan empat orang Menteri tersebut dan mengelakkan konflik perebutan kuasa di kemudian hari?


Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang pemimpin yang berkaliber. Kita dapat lihat lantikannya sebagai Perdana Menteri adalah dengan lantikan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) selepas semua ahli parlimen ditemuduga di istana negara. Beliau juga pernah menyandang jawatan Menteri Besar dan berjaya memimpin kepimpinan negeri Johor dengan cemerlang.

Antara sebab yang boleh difikirkan mengapa jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan adalah kerana jika kita dapat lihat 4 menteri kanan lantikannya mewakili parti-parti yang berbeza. Wakil yang dilantik juga telah membuktikan kepimpinan yang berkaliber dan bebas korupsi.


Hal ini menunjukkan kebijaksanaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengimbangkan kuasa politik dalam pemerintahannya dan dalam mengelakkan sikap tidak percaya atau ragu-ragu dikalangan permuafakatan baharunya itu.


Beliau menampilkan struktur pemerintahan baharu dengan lantikan empat Menteri Kanan dalam Kabinetnya dan lantikan kesemua Menterinya merangkumi parti yang bernaung di bawah muafakat nasional.


Dengan lantikan tersebut, sekaligus terjawablah pelbagai tanda tanya berkenaan senarai Menteri Kabinet yang berselerak lebih seminggu selepas perlantikan Perdana Menteri ke-8 itu.

15 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page