top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

TIKET PENERBANGAN MELONJAK NAIK

Penulis : Hasina Aziz

Penyunting : Muhammad Fitri


Sumber Gambar : Google

Sarawak, 9 Jun : Pengumuman Perintah Kawalan Pegerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media pada 7 Jun baru-baru ini , telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri tanpa sekatan jalan raya untuk pulang ke kampung ataupun bekerja , berbeza pula nasib bagi mereka yang memerlukan pengangkutan udara apabila harga tiket penerbangan melonjak naik.


Menerusi tinjauan Nadi Bangi di laman Facebook rata-rata rakyat Sabah dan Sarawak meluahkan rasa kekecewaan mereka apabila melihat harga tiket yang mencecah ribuan ringgit untuk seorang bagi penerbangan sehala.

Bagi Nur Mardiana Binti Kamri (Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu, Tahun 2) dalam satu temubual yang dijalankan harga tiket penerbangan yang melonjak naik ini mengejutkan apatah lagi risiko penerbangan dibatalkan amat tinggi pada waktu ini menyebabkan beliau terfikir seolah-olah tidak berbaloi untuk membeli dengan harga sedemikian. Beliau turut menyifatkan harga tiket yang terlalu tinggi sedemikian menyebabkan dia sebagai seorang pelajar merasa terbeban dan beliau berharap agar ada jalan penyelesaian daripada pihak yang berwajib sebelum kampus dibuka.

Menurut Hafizah Khalil (34), beliau yang menetap di Bangi, Selangor berpendapat harga tiket yang naik mendadak seolah-olah tidak membenarkan mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman di Sarawak untuk berjumpa dengan keluarga. Tambahan pula beliau yang merupakan seorang suri rumah sudah pun berfikir untuk pulang ke kampung apabila kebenaran merentas negeri dilaksanakan namun niatnya terbatal apabila memikirkan harga tiket yang mencanak naik dan baginya tidak berbaloi seandainya risiko penerbangan tinggi untuk dibatalkan.


PKPP yang akan dilaksanakan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 dimana Malaysia akan menjalani tempoh fasa pemulihan bagi Covid -19. Sekatan jalan raya sedikit demi sedikit telah dibubarkan. Diharapkan agar ada pihak yang berwajib tampil untuk membantu meneliti kembali harga tiket penerbangan yang mencanak naik pada ketika ini. Biarpun ada yang berandaian harga tiket ini adalah “demand’ dan untuk memulihkan ekonomi namun kenaikan harga yang tidak masuk akal ini menyebabkan ramai orang membatalkan niat untuk pulang ke kampung sehingga harga tiket kembali seperti biasa. Diharapkam fasa PKPP ini Malaysia akan bebas daripada Covid-19.

15 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page