Oleh : Farah A’lia Manan
Penyunting : Raihan Rahim
BANGI, 12 Dis – Baru-baru ini, kisah seorang gadis berusia 20 tahun mencipta akaun TikTok untuk memberi kesedaran mengenai Tourette Syndrome yang dialaminya disalahertikan oleh netizen yang menganggap gadis itu hanya berpura-pura dan berlakon semata-mata demi mencuri perhatian netizen.
Dayang Alani ataupun nama akaun TikTok nya ialah @daylandalani dikatakan telah memadam akaun TikTok nya baru-baru ini gara-gara komen negatif yang dilemparkan oleh para netizen terhadap sindrom yang dialaminya sehingga dia menangis ketika sesi Live di akaun TikTok nya itu.
Menurut Dayang Alani di akaun TikTok nya, dia tidak kesal dengan komen-komen negatif yang dilemparkan namun dia kesal dengan sikap netizen yang hanya ingin melihat kesengsaraan yang dialaminya sahaja.
“Saya tidak kesal dengan komen-komen negatif, tetapi yang lebih mengecewakan apabila para netizen tidak mahu memahami saya, saya hanya ingin menunjukkan sisi positif dan kegembiraan saya, namun ada sesetengah mereka yang membencinya dan hanya ingin melihat kesengsaraan saya
“Ada yang mengatakan saya hanya berpura-pura dan ingin mencuri perhatian daripada semua orang, saya cuba lakukan yang terbaik untuk menunjukkan sisi yang lebih baik daripada saya, tapi saya rasa semuanya tidak akan pernah cukup untuk para netizen
“Ada yang mengaku mereka ialah kawan saya sejak dibangku sekolah dan mengatakan yang saya berpura-pura kerana sebelum ni saya tiada sindrom ini, tapi mengapa diumur 20 tahun baru ketara, hal ini disebabkan stress yang meningkat menyebabkan Tic saya menjadi semakin teruk,” katanya di akaun TikTok itu.
Namun tidaklah semua memberikan kata-kata negatif, namun ada juga yang memberi pendapat dan kata semangat kepadanya. Nadi Bangi sempat memetik komen oleh pemegang akaun TikTok @Camille yang menyatakan bahawa dia tidak faham kenapa mereka mengatakan gadis ini berpura-pura.
“Saya terpikir, apa yang menyebabkan mereka fikir awak berpura-pura mengalaminya. Maksud saya ianya menyakitkan untuk dilihat apatah lagi yang mengalaminya, saya harap awak ada kehidupan yang gembira dan bebas,” katanya.
Nadi Bangi juga memetik komen oleh pemegang akaun Twitter @MackyyKavinskyy yang menyatakan bahawa, “Her video helps me to understand the Tourettes syndrome better. I had a friend before doing the same thing, but I couldn’t understand why did she do that. Exposure is important, and she done a good job in letting people know what is Tourette syndrome,” katanya.
Pemegang akaun Twitter @hiFatin turut meluahkan rasa sedih terhadap mereka yang berkata sebegitu kepada gadis tersebut. “Hm sedihnya. Saya gembira bila ada yg sebarkan awareness about tics by Malaysian. Saya selalu tengok overseas je yg sebar awareness ni. Hope she's okay. Hari-hari saya tengok TikTok dia sebab rasa bagus. Dia bagi education. Tapi tu la, tak semua orang boleh terima education macam tu. Sedih,” katanya.
Namun, dengan kata-kata positif oleh para netizen yang menyokongnya, Dayang Alani kembali bersemangat dengan mewujudkan semula akaun TikTok miliknya untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai Tourette Syndrome yang kurang mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia.
Kommentare