top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tindakan Terhadap Ibu Bapa Pemilik Basikal Lajak Mendapat Tentangan

Oleh: Rafidahtul Aqilah

Penyunting : Nasuha Mizam


Sumber : Google

KUALA LUMPUR, 11 Nov- Kebanyakkan pengguna media sosial meluahkan pandangan mengenai tindakan yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman ke atas ibu bapa kepada anak yang terlibat dalam basikal lajak baru-baru ini.


Basikal lajak yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan ini diubahsuai dengan merendahkan pemegang serta membuang sistem brek bagi mengurangkan beban basikal untuk memudahkan melakukan aksi berbahaya seperti ‘superman’ menarik perhatian ramai.


Salah satu pandangan yang menjadi perhatian ramai adalah Tunku Temenggong Johor yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan.


Dalam status di muat naik di laman rasmi Instragramnya, Tunku Idris Iskandar berkata kesalahan tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya ke atas ibu bapa kerana terdapat sesetengah ibu bapa melakukan dua pekerjaan bagi menanggung kos sara hidup yang tinggi.


“Sebagai sebuah masyarakat kita harus mula mencari cara lain untuk mengelakkan perkara ini berlaku dengan menyediakan kemudahan seperti pusat belia atau taman skate di mana mereka boleh menaiki dengan selamat tetapi tidak di buka sehingga larut malam” kata Tunku Idris


“Malah kita boleh mendidik mereka tentang keselamatan jalan raya atau membuat program bagi mengelakkan mereka menggunakan jalan raya kerana hukuman dijatuhkan ke atas ibu bapa hanya sekadar hukuman yang akan merosakkan lagi budak tu kalau mak atau bapa dipenjara lima tahun” tambah Tunku Idris.


Sebanyak 211 komen ditinggalkan di status tersebut rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang diberikan malah Tunku Idris juga meminta pandangan pengikut instagramnya dalam membincangkan isu ini.


“Tunku, sebagai pelumba basikal, saya menyarankan agar kita tidak menghalang kemampuan dan kemahiran mereka. Ini tidak bermakna saya bersetuju dengan perlumbaan pada pukul 3 pagi atau bahkan di tengah jalan kerana banyak perhatian perlu dilakukan dan sentiasa ada cara yang positif untuk di selesaikan masalah ini” kata pemilik akaun @iskandaribrahim.


Manakala pemilik akaun @krulintention berkata “saya setuju Tunku daripada menjatuhkan hukuman ke atas ibubapa apa kata kita kenakan khidmat masyarakat kepada penunggang basikal lajak seperti kutip plastik tepi jalan, mengikuti majlis perbandaran mengangkat sampah atau melakukan kerja pembersihan masjid serta kubur”.


Terdahulu JSPT, Bukit Aman, mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan terhadap ibu bapa pemilik basikal lajak akan diambil mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 sekiranya anak mereka terlibat dalam gejala basikal lajak baru-baru ini.


Menurut sumber berita Bernama, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata Ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

43 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page