top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tip Memanfaatkan Akaun TikTok Untuk Menjana Keuntungan

Oleh: Ariq Ibnu

Penyunting: Andrew Bong


TikTok telah menjadi daya tarik utama di media sosial. Banyak pengguna media sosial sudah tidak asing dengan video beberapa saat yang disediakan pada aplikasi TikTok.


Aplikasi video asal China tersebut telah membuat langkah besar dan meraih populariti sejak muncul versi pertama untuk Android dan iOS pada tahun 2017, TikTok menjadi satu platform yang unik kerana dianggap sebagai sebagai “The world’s leading destination for short-form mobile videos.”


Idea di sebalik TikTok ialah membantu penggunannya agar dapat membuat video pendek hanya dengan menggunakan smartphone secara cepat dan mudah.


TikTok juga memberikan kemudahan kepada semua orang dalam membuat pelbagai video yang sangat banyak dengan tetap menjaga kualiti video tetap bagus hanya dalam waktu singkat dan sekaligus murah.


Menurut Author Robert Hayes “ Hingga akhir 2020 lalu, atau tiga tahun setelah meluncur di Android dan iOS, TikTok dikirakan sudah memiliki 800 juta pengguna aktif di seluruh dunia.


“Seperti mana platform media sosial lain, TikTok saat ini tidak hanya menjadi satu platform hiburan semata. Dengan perkembangan TikTok dan peningkatan jumlah pengguna mencapai ratusan juta orang, TikTok juga telah membuka peluang bisnes bagi mereka yang ingin mencari sumber pendapatan di internet”.


Bagaimana cara agar akaun TikTok dapat di monetize untuk menghasilkan wang. Berikut terdapat beberapa tips yang dapat dilakukan untuk mendapatkan wang dari TikTok, seperti dirangkum dari artikel Liz Fraizer.


Jenama

Banyak orang yang pernah mengikuti kelas pemasaran dan tahu dasar-dasarnya, dan hal ini berlaku untuk banyak jenis bisnes. Pertanyaan mendasar adalah siapa anda, dan siapa yang berpotensi menyukai produk yang dipasarkan. Untuk produk TikTok pengguna harus memiliki gambaran jelas tentang jenis video pemasaran produk yang akan dimuat naik dan perlu juga dilakukan secara konsisten.


Muat naik kandungan video yang digemari awam

Pengguna semua platform media sosial, dapat menjadi influencer di Instagram, Twitter, ataupun TikTok akan tetapi membutuhkan banyak usaha. pengguna harus bijak dalam menghasilkan kandungan video yang bagus, menarik, unik, dan tidak bosan sehingga perlu adanya kandungan yang memiliki idea baharu dan anda perlu kerap menghasilkan video tersebut.


Mengumpulkan pengikut di TikTok

Langkah berikutnya yang paling penting adalah memiliki beberapa pengikut dengan tujuan agar dapat menarik awam lain sehingga mereka dapat menyebarkan kandungan yang anda hasilkan pada akaun TikTok.


Tapi sebelum itu perlu untuk mengetahui cara mendapatkan pengikut di akaun anda, salah satunnya ialah dengan memahami dan membuat kandungan video yang sesuai dengan selera awam, kemudian mengunggah video yang berkualiti tersebut untuk mereka secara kerap.


Mengunggah kandungan video di TikTok dengan konsisten maka akan banyak awam yang mengujungi akaun TikTok anda sehingga akaun anda mulai diminati dan secara bertahap akaun tersebut mulai mendapatkan pengikut yang banyak.


Apabila akaun anda sudah memiliki banyak pengikut maka akaun tersebut layak di monetize, saat akaun anda sudah di monetize segala kandungan video dalam akaun anda akan mendapatan wang mengikut selera pasar.


Terdapat pula 5 jenis cara yang bisa ditempuh untuk memperoleh penghasilan dalam Tiktok bila akaun sudah di monetize iaitu pemasaran oleh Influencer Istilah ini sudah tidak asing lagi, dan praktinya serupa di semua platform sosial media. Perusahaan menyewa seorang influencer terkenal untuk menggunakan videonya guna mempromosikan produk / layanan mereka, dengan harapan menghasilkan penjualan.


Melalui kandungan video TikTok yang mendapatkan penaja seperti Loren Grey yang memperoleh 2,6 juta dolar AS tahun lalu dengan 45 juta pengikut berjaya mendapatkan tawaran besar dengan Revlon. Ia membuat membuat kesepakatan terhadap akaun TikTok dengan satu perusahaan yang dinaja oleh Revlon.


Jenama Produk dimanfaatkan untuk promosi dalam video TikTok anda. Setelah menjadi seorang influencer di TikTok yang sudah popular, anda dapat menghasilkan produk anda sendiri untuk dijual kepada awam yang melihat video TikTok anda, melalui video yang anda muatnaik di Tiktok produk tersebut dapat ditampilkan bila ada yang tertarik untuk membeli hanya dengan melihat video anda.


Menggunakan ketenaran untuk menghasilkan karya. Salah seorang influencer Baby Ariel, dengan 34 juta pengikut TikTok, adalah individu pertama yang melampaui 20 juta pengikut di aplikasi TikTok , Ketenaran Ariels mendatangkan tawaran dari Disney Channel dan acara TV Nickelodeon.


Menjadi seorang konsultan TikTok yang ahli dalam semua hal mengenai TikTok, banyak orang di luar sana yang memerlukan nasihat dan arahan untuk memanfaatkan atau menggunakan aplikasi ini. Kerana relatif masih baharu, banyak orang mungkin bersedia membayar jasa konsultan yang membantu mereka mengurus akaun TikTok.

104 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page