top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tips Seorang Pelajar Yang Memegang Anugerah Pelajaran Diraja

Updated: Dec 11, 2021

Penulis: Sharveshwaran Ramarau

Penyunting: Aliff Idzwan Abdullah

Sumber: Facebook


BANGI, 27 NOV - Tips daripada seorang pelajar yang sangat kreatif pada ambang pandemik ini yang mampu memperoleh Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Universiti Kebangsaan Malaysia dapat membantu pelajar lain supaya dapat mempertingkatkan prestasi mereka.


Kavena Sivapragasam, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi) menerima pengiktirafan itu dalam Majlis Konvokesyen ke-49 yang diadakan secara hibrid di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.


“Terdapat ramai orang yang menyokong saya sepanjang perjalanan saya. Keluarga saya memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong minat saya mengenai psikologi. Ibu bapa sentiasa menggalakkan saya dan adik-beradik untuk meneruskan minat kami. Saya masih ingat perbualan dengan ibu bapa saya dan mereka bertanya ‘apakah satu masalah di dunia yang ingin anda selesaikan?’ dan ketika itulah saya tahu saya ingin membantu orang lain mengatasi cabaran kesihatan mental mereka dan menemui potensi mereka ke arah menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Perkara terbaik tentang perbualan itu, mengetahui bahawa saya mendapat sokongan penuh daripada keluarga saya dan itu memberi pengaruh yang signifikan dalam perjalanan ijazah saya.”


“Pensyarah, felo dan rakan-rakan saya juga memainkan peranan yang besar sepanjang pengajian saya. Mereka melihat potensi dalam diri saya dan setiap kali saya berkongsi idea atau minat, mereka sentiasa menyokong, menasihati dan menggalakkan saya untuk menerima setiap pengalaman. Mereka tidak pernah meragui saya. Rakan-rakan saya menjadi sauh saya dan sentiasa mengingatkan saya bahawa saya juga manusia dan tidak mengapa untuk melakukan kesilapan sepanjang pengajian saya.” kata beliau.


Beliau juga berkata “ pandemik ini memberi kami ruang untuk menyemarakkan kreativiti kami dan ia mendorong kami untuk mengubah minda. Oleh itu, untuk mengimbangi kekurangan interaksi fizikal, saya menyalurkan tenaga saya untuk mencipta kad kesyukuran untuk menyatakan rasa cinta dan terima kasih kepada rakan-rakan saya. Saya mengambil satu inisiatif untuk mengadakan pertemuan maya dengan keluarga dan rakan setiap minggu. Pandemik benar-benar mengubah pemikiran saya dan ia membuatkan saya belajar untuk menghargai setiap saat.”


“Langkah pertama untuk berusaha ke arah mencapai gaya hidup yang seimbang ialah mengenal pasti keutamaan kita dan kedua, menerima bahawa kita mampu menyesuaikan diri dengan perubahan. Saya percaya bahawa jika kita merasakan bahawa aspek tertentu dalam hidup kita adalah penting, kita akan sentiasa meluangkan masa untuk itu. Saya sentiasa pastikan untuk memasukkan aktiviti yang menyeronokkan ke dalam rutin harian saya dan ini penting kerana ia berfungsi sebagai rehat dari kerja. Bersenam dan mencipta karya seni adalah aktiviti yang mengekalkan gaya hidup saya. Saya juga ingin menekankan tentang rehat yang juga merupakan sesuatu yang kita ambil mudah. Kejayaan datang daripada sihat dan sihat datang daripada rehat yang berkualiti. Jadi, pastikan anda mempunyai rehat yang berkualiti setiap hari dan ini adalah prinsip yang saya hargai.”


78 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page