Penulis: Nurnadiah Farhana
Penyunting: Aliff Fikri
Sumber: Adil Reza
MARAN, 15 MEI – Beberapa pengunjung di pusat rekreasi Lubuk Ujid Taman Che Minah Sayang berhadap detik cemas apabila akibat berhadapan situasi kepala air yang melanda pada Ahad lalu.
Kejadian yang berlaku pada 11.20 pagi melibatkan 13 pengunjung iaitu tiga lelaki dan tiga wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.
Adil Reza Samsuri,38, yang merupakan salah seorang mangsa berkata sungai tersebut menjadi destinasi pilihan buat keluarganya kerana keadaan sungai yang cetek namun beliau tidak menyangka berlakunya kejadian kepala air.
Apabila sampai di tebing sungai beliau melihat keadaan sungai menjadi keruh dan pusaran mula terhasil semakin dalam dan laju.
“Saya mula memanggil anak-anak dan mendukung mereka ke kawasan yang lebih selamat, selepas 1 minit keadaan air mula mencurah-curah bersama serpihan kulit pokok, kayu dan ranting lalu berlaku pusaran besar. Selepas hampir 3 jam terkandas saya dan anak saudara mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada Pasukan Bomba kerana keadaan air yang tidak surut” katanya.
Menurutnya lagi operasi penyelamat Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 13 pengunjung menggunakan teknik menyeberangi sungai, operasi menyelamat selesai pada jam 4.30 petang.
留言