top of page
  • Writer's pictureHaisyadatul

Tren Rosak Punca Stesen LRT Abdullah Hukum Sesak

Penulis: Haisyadatul Hurairi

Penyunting: Farena Hani



KUALA LUMPUR, 20 MEI - Stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Abdullah Hukum sesak dipenuhi ribuan pengguna pengangkutan awam LRT kira-kira pada jam 5.30 petang pada Jumaat lepas akibat salah satu tren menghala ke Gombak mengalami kerosakan.


Kebanyakan pengguna berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka di laman media sosial dengan cara memuat naik video dan gambar stesen LRT yang sesak dengan penumpang yang terkandas dan gagal meneruskan perjalanan, malah terdapat tren yang tidak bergerak.


Menurut Syamim Hani, 31, pengguna LRT pada hari kejadian menyatakan semasa ke stesen LRT Abdullah Hukum, beliau terkejut melihat pengguna pengangkutan awam dari stesen Putra Height menghala ke Gombak agak ramai.


“Pada hari kejadian, pihak LRT ada membuat pengumuman bahawa salah satu tren di KL Sentral gagal berfungsi tetapi pihak mereka hanya menyampaikan berita mengenai masalah yang dihadapi dua kali sahaja, malah pengumuman yang dilakukan kurang jelas dan ada sesetengah pengguna tidak mendengar pengumuman tersebut, lebih-lebih lagi golongan warga emas. Kami yang berada di tempat kejadia memesan kepada pihak LRT untuk sentiasa membuat pengumuman agar pengguna tidak keliru dengan perkara yang telah berlaku,” katanya lagi.


Beliau juga mengatakan pihak LRT perlu menambah baik dari segi memastikan perjalanan tren ke semua hala sentiasa berjalan dengan lancar dan perlu membuat rancangan untuk menaiktaraf kelancaran pengangkutan awam di seluruh Malaysia.



Sumber: Twitter RapidKl


Pihak RapidKl turut membuat pengumuman dari masa ke semasa menerusi ciapan Twitter @RapidKl dimana salah satu tren di stesen di KL Sentral tidak berfungsi dan perkhidmatan tren ulang alik diaktifkan dari stesen Bangsar ke Pasar Seni dan perkhidmatan bas juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Pihak mereka juga menasihati pengguna untuk mencari alternatif yang lain untuk sampai ke destinasi mereka. Mereka mengemas kini pengumuman mereka dengan meminta maaf kepada pengguna dan memberitahu bahawa pihak teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pembaikian di lokasi yang terbabit.


Polis bantuan juga dikerahkan untuk menjalankan tugas di setiap lokasi bagi membantu meredakan keadaan dan menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh pengguna.




31 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page