Penulis: Shafa Alvia Rizka
Penyunting: Elida Najwa Mohd Subri
Sumber: Karna Kita
JAKARTA, 14 Nov – Trend pemakaian gelang kristal yang mempunyai pelbagai warna sangat terkenal dan digemari oleh hampir semua golongan usia di Indonesia, khasnya bagi remaja.
Batu kristal yang menarik minat golongan remaja Indonesia mempunyai pelbagai jenis dan antara kristal yang terkenal adalah Rose Quartz, Amethyst, Jade, Aquamarine, Citrine, Red Jasper, Ruby, dan Tiger Eye.
Trend ini mempunyai daya tarikan tersendiri bagi Nabila Mahesa Djenar (20) untuk mengembangkan serta mempromosikan perniagaan gelang kristalnya yang diberi nama “Karna Kita”. Beliau turut mempromosikan jualan batu dan gelang kristal tersebut di dalam talian seperti di Tiktok dan Instagram.
“Tiap jenis batu memang memiliki banyak manfaat. Contohnya batu kristal Rose Quartz untuk kesihatan dan kepercayaan diri, Amethyst untuk mengubati Insomnia, Aquamarine untuk mengurangi stress, Citrine untuk meningkatkan motivasi dan Tiger Eye untuk menghilangkan emosi cepat marah serta meningkatkan kepercayaan diri.” Kata Nabila.
Ketika ditemubual, Nabila memberitahu bahawa beliau membuka perniagaan gelang dan batu kristal ini kerana terinspirasi oleh ayahnya.
Menurutnya, ayahnya sangat gemar dengan batu kristal dan batu alam ketika Nabila masih di sekolah rendah. Nabila turut berkongsi beliau memulakan perniagaannya pada 30 Mac 2020 iaitu sekitar lebih setahun yang lalu.
Beliau berhasrat membuka perniagaan yang melibatkan batu kristal ini apabila pernah mengunjungi sebuah kedai yang menjual gelang kristal yang mampu membersihkannya dengan menggunakan singing bowl. Beliau mula membaca buku-buku tentang kristal dan menemukan keunikannya.
“Batu kristal memiliki pelbagai jenis dan mempunyai banyak manfaat. Saya juga percaya Tuhan menciptakan sesuatu bersama dengan manfaatnya, dan salah satunya gelang kristal ini.” Kata Nabila semasa di temu bual wartawan Nadi Bangi melalui aplikasi zoom.
“Saya suka beli Gelang Karna Kita kerana ia adalah gelang kristal asli yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan untuk pelajar. Selain itu, saya menggemari gelang ini kerana apabila tali gelang terputus, saya dapat menghubungi pemilik untuk meminta ditukarkan talinya secara percuma. Gelang Karna Kita juga mempunyai banyak warna yang sangat cantik.” Kata Alifia Nida (20) yang merupakan pelanggan tetap gelang kristal, Karna Kita.
Harga gelang tersebut bergantung kepada jenis kristal yang digunakan. Ia bermula daripada 50 ribu Rupiah atau lebih kurang RM14 sehingga 150 ribu Rupiah atau lebih kurang RM43.
“Menurut saya perniagaan gelang Karna Kita termasuk dalam small business yang sangat berpotensi ke depan karena konsistennya dalam memuat naik dan mempromosikan perniagaannya setiap harinya di media sosial. Produk-produk yang dikeluarkan juga unik sehingga menarik mata para pelanggan untuk membeli.” Kata Andi Ozha, 20, yang juga merupakan pelanggan tetap yang meminati gelang kristal.
Sebanyak 230 gelang kristal dan 20 batu kristal untuk hiasan rumah telah berjaya dijual sepanjang tempoh beliau memulakan perniagaannya.
Selama tempoh setahun ini pula, Nabila juga telah menjual sebanyak 150 utas gelang. Menurutnya, beliau tidak memerlukan banyak masa untuk membuat gelang kristal ini. Ia hanya mengambil masa selama 5 hingga 7 minit sahaja untuk membuat seutas gelang kristal.
“Saya berharap, semoga usaha saya untuk membangunkan perniagaan ini dapat dikenali oleh ramai orang dan saya juga ingin masyarakat menggemari batu kristal ini kerana warna nya yang sangat cantik serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Batu kristal ini juga tahan lama dan warna nya tidak akan hilang.” Katanya lagi.
BAGUS BANGET!!!!!!
Sangat menarik