top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Tujuh Suspek Ditahan Atas Kematian Peniaga Bergelar ‘Datuk Seri’ di Bestari Jaya

Oleh: Vimala Shanmugam

Penyunting: Nazrin Sarnin

Sumber: Berita Harian


RAWANG, 27 Jun – Polis menemui mayat seorang peniaga dengan gelaran 'Datuk Seri' di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pagi ini.


Menurut sumber yang diperolehi daripada RMP TV, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 pagi.


"Mangsa telah diculik ketika bersenam di taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10.30 pagi pada 10 Jun," katanya dalam kenyataan kepada pihak media di lokasi kejadian.


Polis Selangor telah menahan tujuh orang yang disyaki terlibat dalam penculikan tersebut. Tujuh yang ditahan semuanya berusia 30-an hingga 50-an dan termasuk seorang warga Bangladesh.


Kesemua suspek ditahan sepanjang dua hari kebelakangan dan mendedahkan peristiwa yang berlaku semasa disoal siasat.


Menurut Datuk Fadzil, mangsa yang terlibat dalam perniagaan hartanah tersebut diculik untuk tebusan sebanyak 50 juta dolar Singapura (RM154 juta) yang dituntut dari keluarganya.

Suspek mendakwa mangsa meninggal sekitar tiga hingga empat hari selepas dia diculik, dan menambah bahawa wang tebusan tidak dibayar oleh keluarga mangsa.


"Mereka kemudian membawa polis ke Batu 27 di Jalan Rawang Bestari Jaya, di mana mayatnya dijumpai antara semak belukar," katanya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Ketujuh-tujuh suspek ditahan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

Datuk Fadzil menambah bahawa polis kini berusaha mengenal pasti pemilik rumah Taman Kosas tempat mangsa ditawan. Beberapa kenderaan juga telah disita sebagai sebahagian daripada siasatan.

15 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page