top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

TWICE UNGGUL DOMINASI DUNIA KPOP

Penulis: Nur Farzana Amira Mohd Zaki

Penyunting: Mohamad Noor Amirul Mokhtar



Sumber foto: Instagram @twicetagram


Twice masih mendominasi industri muzik kpop dengan aktif melancarkan album, single dan konsert hampir setiap tahun dikala ramai kumpulan wanita seusia mereka sudah mula berpecah dan berpindah agensi. 


Setelah hampir sepuluh tahun dalam industri, Twice telah melancarkan hampir 206 lagu dan terkini mereka bakal menerbitkan mini album ke-13 mereka yang bertajuk ‘With You-th’ pada 23 Februari ini. 


Twice yang terdiri dari sembilan ahli - Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu itu mula dibentuk pada tahun 2015 menerusi pertandingan realiti Sixteen dan telah merangkul pelbagai pencapaian seperti Song of The Year (MAMA), The Breakthrough Artist Award di anugerah Billboard Women in Music 2023 dan memenangi Best Female Group (MAMA) sebanyak empat kali.


Bukan itu sahaja, konsert jelajah mereka yang melibatkan pelbagai negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Mexico meraih sejumlah besar pengunjung yang hadir sehingga berjaya memecahkan rekod dan menjadi kumpulan wanita Asia pertama memenuhi SoFi Stadium California selepas semua tiket habis dijual. 


Twice memiliki jumlah peminat yang ramai diseluruh dunia dan mereka digelar sebagai ‘Once’ yang memberi makna, “If you love us even once, we will repay your love with twice of our love,” dan hingga kini Twice masih memberikan yang terbaik untuk peminat mereka yang sentiasa memberikan sokongan. 


Seorang Once dari Malaysia sejak lapan tahun lepas dan turut aktif mengemaskini maklumat semasa mengenai Twice di Twitter menerusi akaun @baebeejeong, berkongsi kepada Nadi Bangi bahawa kumpulan ini merupakan sebahagian daripada kehidupan dan memberinya kebahagiaan. 


“Saya mula mengenali Twice pada tahun pertama degree saya iaitu 2016 dan mereka menemani saya ketika suka, duka, tawa dan air mata. Walaupun ramai kawan datang dan pergi, tetapi Twice masih di sisi memberikan saya kebahagiaan,” ujarnya. 


Tidak dinafikan Twice sangat aktif menghasilkan karya untuk peminat sejak awal kemunculan mereka dengan mencuba pelbagai jenis genre setiap tahun. Bukan itu sahaja Twice turut giat menghasilkan konten di Youtube seperti Time To Twice serta terlibat dengan pelbagai Tiktok Challenge menerusi akaun rasmi mereka. Jadi tidak hairanlah Once menyifatkan Twice sebagai salah satu kumpulan kpop yang tidak hanya mengejar populariti semata-mata malah sentiasa mendahulukan peminat dalam apa jua keadaan.


Tiga lagu hits Twice

ONCE Malaysia ini yang ingin dikenali sebagai Ler, turut berkongsi kepada Nadi Bangi tiga lagu terbaik TWICE yang wajib didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama bagi mereka yang ingin mula mengenali dan meminati kumpulan ini. 


1. Cry For Me 


Sumber foto: Twitter @JYPETWICE


Cry For Me merupakan sebuah single yang merupakan kejutan dan hadiah istimewa dari Twice untuk peminat telah mendapat perhatian ramai dan disebut sebagai antara karya terbaik Twice. Berkonsepkan hubungan percintaan yang toksik dan ditulis oleh Park Jin Young (JYP) dan Heize ini, Cry For Me meraih sebanyak hampir 200 juta jumlah strim di Spotify meskipun tiada muzik video dipromosikan bagi lagu ini. 


Ler turut menyifatkan Cry For Me merupakan lagu kesukaannya kerana muziknya yang menarik perhatian dan kemantapan vokal terutama di bahagian korus.  


2. Feel Special


Sumber foto: Twitter @JYPETWICE


Feel Special merupakan sebuah lagu yang memiliki makna mendalam mengenai kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh Twice. Feel Special turut mencipta fenomena selepas hampir 500 ribu album terjual dan mendapat tontonan sebanyak 494 juta penonton di Youtube. 


“Lirik yang mendalam dan kisah di sebalik lagu ini menjadikan Feel Special merupakan antara lagu terbaik untuk Twice,” ujar Ler kepada Nadi Bangi.  


3. Perfect World


Sumber foto: Instagram @jypetwice_japan


Menurut Ler, Perfect World menjadi lagu pilihannya kerana mampu menaikkan semangat setiap kali mendengar. 


Perfect World merupakan album ketiga Jepun Twice yang dilancarkan pada tahun 2021 oleh Warner Music Japan. Berkonsepkan pop dengan muzik rancak, Perfect World menjadi antara lagu Jepun terbaik mereka dengan tontonan sebanyak 85 juta penonton di Youtube. 


Twice masih belum datang ke Malaysia selepas 5 tahun

Kali terakhir Twice hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert di sini ialah pada 2019 menerusi jelajah dunia ‘Twicelights’. Walaupun sudah berkali-kali Twice mengumumkan jelajah Asia dan seluruh negara, nama Malaysia masih tiada di dalam senarai. 


Ler sempat berkongsi sebuah kenangan bersama Twice semasa mereka berkunjung ke Kuala Lumpur pada tahun 2018 bagi menjayakan konsert ‘Twiceland’ yang masih diingati hingga kini. 


“Kenangan yang bittersweet bagi saya ialah sewaktu ‘Twiceland’ dibatalkan dan sewaktu mereka di KLIA untuk pulang ke Korea, dua ahli iaitu Sana dan Dahyun menangis kerana berasa terharu atas sokongan Once Malaysia meskipun konsert tidak dapat diteruskan. 


“Twice juga berkata mereka akan datang lagi sambil memegang kain batik yang menjadi lambang kebanggaan Malaysia,” katanya kepada Nadi Bangi. 


Namun, siapa tahu mungkin akan ada berita baik untuk Malaysia selepas seorang ahli Twice iaitu Nayeon menjadi duta bagi jenama tempatan Bonia. Rata-rata dari Once Malaysia meminta untuk sekurang-kurangnya fan meeting diadakan di Kuala Lumpur bersama ahli Twice yang lain.


Jangkaan peminat terhadap comeback Twice

Menerusi Instagram rasmi Twice @twicetagram telah mengumumkan kemunculan semula dengan menampilkan sebuah klip dan foto teaser bagi pre release single yang berjudul ‘I Got You’. Rata-rata dari peminat teruja untuk menantikan muzik video yang bakal dilancarkan pada Februari hadapan.


Ler turut berkongsi harapannya kepada Nadi Bangi iaitu mengharapkan Twice mendominasi carta tertinggi di Itunes, Billboard dan Spotify menerusi album ini. Bukan itu sahaja, beliau turut mengharapkan kemenangan Twice di setiap music show di Korea seiring dengan kesungguhan Once seluruh dunia membeli album dan mengundi di setiap platform. 


Twice telah berjaya memenangi hati seluruh peminat kpop menerusi keakraban antara ahli, kesungguhan dalam mencipta muzik dan sentiasa aktif di media sosial untuk berinteraksi dengan Once. Jadi, tidak hairanlah Twice merupakan antara kumpulan kpop terbaik dan masih relevan hingga kini!

126 views2 comments

2 opmerkingen

Beoordeeld met 0 uit 5 sterren.
Nog geen beoordelingen

Voeg een beoordeling toe
Gast
22 jan.
Beoordeeld met 5 uit 5 sterren.

💞

Like

Gast
21 jan.
Beoordeeld met 5 uit 5 sterren.

tak sabar nak tengok comeback kalini

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page