top of page
Writer's pictureNadi Bangi

UKM Anjurkan Sukarelawan Ramadhan Pelajar Dan Staff Selama Tempoh PKPB

Oleh: Ariq Ibnu

Penyunting: Andrew Bong


Sumber: Pusat Islam UKM


BANGI, 12 April - Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan melibatkan sukarelawan sebanyak 50 orang pelajar daripada UKM dan staf yang secara sukarela akan membantu pelaksanaan program kegiatan ramadhan di masjid UKM kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Selama tempoh Perintah Kawalan Pengerakan BERSYARAT (PKPB), kegiatan sukarelawan ramadhan dicadangkan akan berlangsung pada tarikh pertama Ramadhan (13 April 2021) sehingga 27 Ramadhan (9 Mei 2021).


Menurut Pengarah Unit Takhmir, Aktiviti & Kebajikan Mohammad Hafiz Othoman, "Bagi memudahkan segala kelancaran kegiatan ramadhan dalam selama PKPB maka diperlukan rancangan program yang dibantu oleh para relawan pelajar dan juga staf untuk melaksanakan operasional di kawasan masjid dan kampus UKM.”


“Termasuk SOP yang wajib dipatuhi di kawasan masjid UKM saat melaksanakan ibadah, digalakkan kepada para pengunjung untuk penjarakan 1 meter, memakai pelitup muka, membawah sejadah dan berwudhu di rumah".


Kanak-kanak yang berusia 15 tahun kebawah dan bukan warganegara tidak dibenarkan hadir untuk beribadah di masjid UKM.


Program Ramadhan yang akan dilaksanakan oleh Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah program solat tarawih, solat jumat, qiamulail dengan tertib mengikut SOP, pelaksanaan tadarus Al-Quran yang dikecualikan akan dilaksanakan dalam talian dan pembahagian makanan berbuka puasa kepada pengunjung dan pelajar.


Dimaklumkan bahawa tugas sukarelawan pelajar adalah mendata kehadiran jumlah pengunjung yang hadir untuk melaksanakan ibadah dan juga membantu mengagihkan hidangan berbuka puasa sebanyak 1500 bungkus setiap hari selama ramadhan untuk seluruh pelajar yang berpuasa di kolej kediaman kampus UKM Bangi.


Kegiatan berbuka puasa yang dilakukan di masjid tidak dibenarkan terlebih dahulu oleh pihak Pengarah Pusat Islam UKM kerana ketentuan mengikut SOP sehingga kegiatan berbuka puasa akan diagihkan secara berbungkus untuk pengunjung yang berada di masjid.


“Harapan saya pengunjung yang hadir ke masjid UKM dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan benar serta mematuhi segala SOP yang telah disediakan oleh pihak masjid dan tidak lupa memohon kepada Allah SWT agar musibah pandemik covid 19 ini dapat dikurangkan".


“Sehingga kita pula dapat beribadah seperti biasa sebelum ini dan kami juga mengharapkan kepada para pengunjung yang hadir ke masjid UKM jika ingin memberikan sumbangan, untuk menyemarahkan segala program – program yang ada di bulan ramadhan.”


Menurut Zar Emrydeka, seorang pelajar tahun 3 dari Fakulti Sains Teknologi (FST) yang mengikuti kegiatan sukarelawan ramadhan pada tahun ini, termotivasi oleh keinginan untuk aktif dan terlibat langsung kepada program aktiviti yang dilaksanakan oleh kampus UKM termasuk sukarelawan pada bulan ramadhan ini.


“Apabila saya sebagai pelajar UKM sedia maklum Tempoh PKP telah melanda lama semenjak tahun lepas sehingga semua aktiviti yang ada di kampus tidak dapat dilaksanakan, sehingga sekarang ini baru ada kelonggaran untuk mengikuti aktiviti sukarelawanan yang memberi kesempatan bagi pelajar yang ingin aktif.


Tambahan pula, kegiatan sukarelawan di bulan ramadhan ini baginya tidak menjadi satu kendala untuk mengikuti seluruh kegiatan pembelajaran kerana aktiviti ini memberikan dampak positif yang dapat menjadi pahala.

132 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page