top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

UKM Bikers Kembara Sambil Menimba Ilmu

Penulis: Muhammad Amirul Akmal

Penyunting: Kanaga Suntari Sundra Sakaran

Foto: Muhammad Amirul Akmal

BANGI, 20 Nov - Seramai 23 orang peserta UKM bikers berkonvoi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Tanjung Karang, Selangor bagi tujuan beriadah sambil belajar mengenai ilmu permotoran di klinik motosikal yang diadakan di Pusat Pembangunan Profesional UKM cawangan Tanjung Karang.


Perjalanan kira - kira sejauh 100 (km) yang melibatkan 3 buah kereta dan 20 buah motosikal itu adalah sebenarnya memberi peluang dan pengalaman baru kepada pelajar yang baru mengambil bahagian di dalam kursus Citra 6 - LMCP1642l Seni Konvoi Bermotosikal.


Pada masa yang sama klinik motosikal yang berlangsung selama 1 hari 1 malam itu membuka peluang kepada pelajar untuk mengadakan aktiviti bebas, seperti beriadah selepas tamatnya perintah kawalan berkurung 3 (PKB).


Prof Madya. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan bin Che Aini 41, yang merupakan ketua dalam program konvoi bermotosikal ke Tanjung Karang ini berkata bahawa tujuan penubuhan kursus elektif Citra 6 - LMCP1642 Seni Konvoi Bermotosikal, adalah bertujuan untuk bersantai, melepaskan tekanan dan merapatkan ukhuwah.


Menurutnya lagi semasa taklimat, konvoi yang diadakan pada semester ini lebih baik daripada semester lepas kerana komitmen yang sangat tinggi yang telah diberikan oleh para pelajar serta dapat dilihat bahawa para pelajar mempraktikkan apa yang di ajar dan mengamalkan disiplin sosial yang tinggi.


Menurut Mohamad Redhuan bin Che Awang 21, salah seorang pelajar dan peserta konvoi UKM bikers berkata, bahawa beliau sangat teruja dengan aktiviti konvoi yang diadakan dan ia juga adalah satu pengalaman baru baginya.


“Saya merasakan bahawa melalui konvoi ini saya mendapat pengalaman baru yang amat bermakna pada diri saya. Selain itu, saya juga dapat bertemu dengan kawan-kawan baru yang meminati aktiviti konvoi seperti saya."


Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar banyak perkara seperti belajar berkenaan isyarat tangan yang sering digunakan oleh 'rider' ketika dalam konvoi. Ini amat berguna terutamanya ketika konvoi yang membabitkan jumlah motosikal yang banyak kerana ia dapat memberi arahan dan isyarat kepada ahli - ahli berkenaan situasi di hadapan mereka. Saya juga tidak teragak - agak untuk mengikuti lagi aktiviti ini pada masa akan datang sekiranya diberikan peluang lagi.” ujar Redhuan.


Menurut Afida binti Abdul Kahar, 23, yang merupakan dua daripada peserta perempuan yang telah hadir ke konvoi ini memberitahu bahawa, awalnya beliau tidak menyangka akan mengambil kursus citra seni konvoi bermotosikal ini, lantas aktiviti konvoi ini mengubah persepsi dirinya selepas menyertai subjek elektif ini.


“Pada awalnya saya tidak menyangka akan mengambil kursus citra seni konvoi bermotosikal ini, tetapi ianya mengubah persepsi saya bahawa kursus ini bukan sahaja untuk pelajar lelaki tetapi perempuan juga boleh menceburi bidang pemotoran jika mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang konvoi motosikal dijalankan.


Melalui kursus ini saya mendapat pengalaman pertama menyertai konvoi yang mempunyai etika permotoran yang betul serta diiringi oleh beberapa orang Marshal yang terlatih. Hal ini dapat menunjukkan bahawa dalam seni berkonvoi mempunyai peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua peserta.


Selain itu, saya juga dapat mempelajari ilmu baru seperti ‘Hand sign’ yang digunakan oleh ‘leader’ bagi memberi isyarat tertentu kepada para pengikut konvoi tersebut. Ianya amat penting untuk difahami bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang buruk berlaku. Sedikit sebanyak, ilmu yang diperolehi dalam kursus tersebut dapat dipraktikkan ketika menyertai konvoi yang lain”. Ujar Afida.


Sepanjang perjalanan konvoi pergi dan balik, semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan semua peserta konvoi bermotosikal UKM Bikers berjaya pulang dengan selamat ke kediaman masing-masing pada 21 November lalu.

1,684 views12 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page