top of page
  • Writer's pictureAliff Fikri

UKM FC Kecundang Tipis 1-0 Bertemu UiTM Shah Alam

Penulis : Aliff Fikri bin Muhamad Azamuddin

Penyunting : Nurnadiah Farhana binti Norazmi


Sumber : UKM FC


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Rentak kemenangan besar 7-1 UKM FC gagal diteruskan apabila tewas tipis di pusingan kedua Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam perlawanan yang berlangsung di Universiti Malaya Arena kelmarin.


Menyaksikan pertembungan di antara dua pasukan pilihan iaitu UKM FC dan UITM Shah Alam. Selain itu pasukan yang lain juga berentap di beberapa tempat perlawanan terpilih yang lain di sekitar Lembah Klang. Walaupun UKM FC bermain dengan baik namun selepas melakukan percubaan menjaringkan gol, sepakan yang dilakukan hanya terkena pada palang gol.


Menurut Muhammad Farhan bin Roslie, pemain pertahanan UKM FC berkata dia mengharapkan pasukannya untuk meneruskan momentum kemenangan besar 7-1 keatas pasukan Multimedia University.


“Saya sejujurnya sangat berharap pasukan saya dapat memenangi perlawanan ini kerana ingin meneruskan rentak kemenangan sewaktu perlawanan pertama, walaupun kemenangan tersebut hanyalah merupakan kemenangan pertama bagi pasukan saya di dalam kejohanan ini, namun saya mengharapkan agar ia berterusan.

.

“Pada pandangan saya, pasukan saya bermain dengan baik pada mulanya kerana saya sangat berbangga dengan kesemua pemain yang telah beraksi dengan cukup baik dengan mematuhi segala perancangan taktikal yang dirancang namun segalanya berubah apabila kami terpaksa bermain dengan hanya sepuluh pemain dan ia memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan,” katanya.


Pada minit ke-61, UKM FC terpaksa diuji bermain dengan hanya sepuluh pemain apabila pemain pertahanan iaitu Imran bin Azizi telah dilayangkan kad merah akibat mengasari penyerang UITM Shah Alam.


Setelah kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama, walaupun beberapa cubaan menarik berjaya dicetuskan oleh kedua-dua pasukan.


Gol tunggal perlawanan yang dihasilkan UITM Shah alam melalui jaringan jarak jauh yang berjaya menewaskan penjaga gol UKM FC.


UITM yang mula bangkit susulan kejayaan meledakkan gawang UKM FC itu, mula mengasak pintu gol pasukan tuan rumah sekitar minit ke-70, dengan tiga sepakan penjuru telah diberikan kepada pasukan UKM FC.


Namun ketangkasan penjaga gawang UKM FC Syahmi berjaya menafikan peluang UITM untuk menambah gol. Kekalutan mencari gol penyudah oleh UKM FC pada masa tambahan menyaksikan, pasukan lawan hilang fokus akibat kekurangan pemain.


UKM FC pada hakikatnya boleh pulang sebagai pemenang pada perlawanan tersebut jika kekal fokus walaupun bermain dengan hanya sepuluh orang namun nasib tidak menyebelahi mereka walaupun telah melakukan beberapa percubaan ke arah gawang pasukan UITM.


Perlawanan itu berkesudahan 1-0, dengan menyaksikan UITM berjaya mengutip tiga mata berharga di bumi Kuala Lumpur.


9 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page