top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

UKM KARIER Bantu Graduan Bekerja Setimpal Kelayakan

Penulis: Nurul Syafiqah Binti Abdul Wahab

Penyunting : Kumutha A/P Santharan


Sumber foto: Instagram @UKMKarier



BANGI, 31 Okt - Usaha UKM Karier menekankan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang merupakan soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap graduan institusi pengajian tinggi bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan.


SKPG digunakan untuk mengenalpasti di mana graduan berada berkenaan perkembangan kerjaya dan jika mereka tidak memiliki pekerjaan dan SKPG juga membantu mereka menambah nilai kepada diri graduan.


Pegawai Tadbir UKM Karier, Sharifah Nurina Alia berkata, "Kepentingan SKPG sebagai alat untuk mengenalpasti perkembangan kerjaya graduan, membantu pelajar menambah nilai, dan menganalisis sebab-sebab graduan yang tidak bekerja serta mutu program pengajian, kadar Kebolehpasaran Graduan (GE), dan usaha UKM Karier dalam meningkatkan kebolehpasaran melalui program-program yang dijalankan.


Kebolehpasaran Graduan (GE) terdiri daripada beberapa aspek penting yang difokuskan oleh industri terutamanya aspek penguasaan kemahiran, bahasa dan ilmu mutakhir. Menurut data, 94% daripada graduan UKM mempunyai kebolehpasaran yang tinggi yang menjadikan universiti ini sebagai pilihan yang baik untuk majikan.”


Terdapat lebih daripada 300,000 orang mencari pekerjaan dalam setahun dan jumlah ini termasuk graduan yang belum mendapatkan pekerjaan pada tahun lepas menjadi cabaran graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan menjadi lebih besar.


Graduan sebaiknya melibatkan diri dalam mencari pengalaman bekerja seperti Grab yang membekalkan pengalaman perkhidmatan pelanggan atau usaha bekerja sendiri supaya menjadi faktor penting yang dapat membezakan potensi graduan daripada pencari kerja yang lain.


Tambahannya lagi, “Data daripada SKPG digunakan untuk menganalisis kebolehpasaran graduan, melaporkannya kepada fakulti, dan menentukan program-program yang paling berkesan untuk meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE) disamping program-program tambahan diperkenalkan untuk membantu graduan meningkatkan nilai mereka.


Antara program-program yang bakal dijalankan oleh UKM Karier di bawah bimbingan SKPG adalah Program Komunikasi Bahasa Inggeris yang memberi graduan Sijil Bahasa Inggeris daripada UNIPAC yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan graduan.


Pentingnya kesedaran pelajar tentang Kebolehpasaran Graduan (GE) kerana graduan keluaran IPT mempunyai purata CGPA yang lebih tinggi daripada 3.00 dan program percuma di bawah SKPG ditawarkan untuk menambah nilai kepada graduan seperti pelajar Komunikasi Media boleh mengambil Sijil Halal dan Sijil Akaun pada masa yang sama menjadikan mereka berpotensi mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang.”


SKPG adalah sistem yang sangat penting untuk membantu graduan memulakan kerjaya mereka dengan baik dan graduan yang telah mendapat pekerjaan boleh mula memasuki laman SKPG dan mengemaskini data masing-masing dalam SKPG.



74 views5 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page