• Nadi Bangi

UKM Menyambut Hari Diabetes Sedunia 2019

Oleh: Haswendren Bala

Penyunting: Dina Farhana Hussain


SUMBER: UKM

BANGI, 23 NOV – Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang gaya hidup sihat, pada masa yang sama turut menitikberatkan kepentingan penyakit diabetes.


Penyakit diabetes di Malaysia kini dengan jumlah bilangan pesakit kira-kira 2.5 juta mencatat kedua terbesar di Asia selepas negara Arab Saudi.


Hari Diabetes Sedunia 2019 anjuran Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM diadakan 14 November yang lalu.


Warga UKM dan orang awam turut sama memeriahkan lagi sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019 peringkat UKM dengan melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang diadakan terutamanya Fun Walk.


Dengan tema “Cakna Diabetes: Kesihatan Terjamin”, sambutan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melibatkan diri bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai penyakit ini.


Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor UKM iaitu Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor.

Beliau berkata “masyarakat perlu berhati-hati dengan apa yang dimakan dan sentiasa memastikan kadar gula dalam pemakanan serta menjalankan pemeriksaan kesihatan,” dalam ucapan beliau.


Hadir bersama ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof. Dato. Ir. Dr. Othman A. Karim.


“Program sebegini adalah satu inisiatif yang menarik bagi menggalakkan masyarakat untuk menjaga kesihatan diri terutamanya mengawal kadar gula dalam badan mengikut diet makanan yang sihat,” kata Kumutha, 22, pelajar Komunikasi Media UKM.


Antara aktiviti menarik dalam sambutan Hari Diabetes ialah pemeriksaan kesihatan percuma, kempen derma darah, pertunjukkan demonstrasi gaya masakan sihat, senam robik dan ceramah kesihatan.


"Saya dapat tahu bahawa kadar gula dalam badan saya seimbang tetapi saya juga mempelajari cara untuk mengawal kadar gula dari sekarang," kata Isma Fahmie, 23, pelajar Sains Politik, UKM.

48 views0 comments

Related Posts

See All