Nadi Bangi
UKMbassadors Membawa 130 Pelajar Antarabangsa Ke Ibu Kota
Penulis : Nurul Izzah Tarmezi
Penyunting : Mohamad Ali Imran Mohamed Zaki

Sumber foto: UKMBassadors
BANGI, 29 Okt - Seramai 130 pelajar antarabangsa dibawa melawat sekitar ibu kota bagi aktiviti program KL CITY TOUR yang dianjurkan oleh Persatuan UKMbassador.
UKMbassador dalam satu kenyataan berkata, penganjuran KL CITY TOUR adalah antara inisiatif pihaknya dalam mempromosikan budaya, gaya hidup dan tarikan menarik di sekitar ibu kota kepada pelajar antarabangsa
Pengarah Hubungan Antarabangsa, Dr Abdul Latiff Ahmad berkata,”Penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi semangat dan minat pelajar antarabangsa dalam memahami pelbagai budaya dan gaya hidup lokaliti yang unik dan relevan di Malaysia
“Program ini amat membantu terutama sekali kepada mereka yang pertama kalinya berada di negara yang baru.”
Bagi mengukuhkan inisiatif ini, aktiviti “The Amazing Race” dijalankan dengan menyediakan 10 tempat tarikan menarik di sekitar Pasar Seni bagi melakukan tugasan yang diberikan sama ada bergambar mahupun aktiviti.
Bagaimanapun, setiap tugasan yang diberikan perlu dikongsikan menerusi Instagram mahupun Facebook sebagai tugasan akhir.
Naib Pengerusi UKMbassador, Salman Rushdan (FST, 3) berkata, “Rata-rata peserta gembira dengan acara itu dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun depan dengan skop lebih besar.
Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada mereka untuk meningkatkan keakraban persahabatan bersama UKM Buddies.” katanya.
KL CITY TOUR membawa 80 pelajar antarabangsa ke tarikan menarik sekitar KualaLumpur seperti Masjid Jamek, KLCC, Muzium Negara dan Saloma Bridge.