• Nadi Bangi

Ultra Instinct Rangkul Juara Mobile Legends XPAXKEK

Oleh Amni Amirah Izzati Bt Mohd Afandi

Penyunting Vikneswaran Ramalingam


Sumber : My Game On

KUALA LUMPUR, 7 Dis - Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Ultra Instinct berjaya membawa pulang wang tunai RM 13, 600 selepas menewaskan wakil pasukan Parahmen dalam perlawanan akhir Celcom XPAXKEK Mobile Legends yang diadakan di The Curve, Damansara.


Mobile Legends Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) merupakan anjuran kali kedua pada tahun ini. Ultra Instinct diwakili oleh Ashif Halaj Bin Abdul Majid (Ash), Muhammad Hazirie Bin Abdul Rahim (Trip), Nik Nazrin Shahzan Bin Nik Adlin Fariz (Mob), Azirool Bin Fareed Sunder (Ncyto) , Muhammad Aiman Bin Ahmad Ansary (Athena). Mereka semua dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Ultra Instinct berjaya menewaskan wakil pasukan Parahmen dari Polikteknik Sultan Haji Ahmad Shah dengan skor mata 2-0 dalam perlawanan akhir tersebut.


Ketua Ultra Instinct, Ashif Halaj Bin Abdul Majid "Syukur rezeki menyebelahi kami dan selalunya duit ini kami akan bahagikan lima dan digunakan untuk memudahkan kami berbelanja dan menjalani kehidupan kami di Universiti".


Walau bagaimanapun, Ultra Instinct masih mempamerkan aksi kemas di peringkat akhir perlawanan dengan rekod dua kemenangan meskipun tidak cukup latihan.


"Cabaran sebenar yang kami hadapi ialah kekangan masa untuk latihan kerana persediaan pada tahun ni kebanyakannya tidak cukup disebabkan masing masing sibuk dengan Fyp dan tidak seperti tahun lepas apabila kami berlatih hampir setiap malam " Kata pemain Ultra Instinct, Nik Nazrin Shahzan Bin Nik Adlin Fariz.


"Buat masa sekarang mungkin kami teruskan apa yang ada dan harapan saya mungkin untuk melihat team Ultra Instinct sebagai satu professional team yang digeruni di Malaysia" ujar Nik Nazrin selepas menyentuh mengenai perancangan masa hadapan mereka.


Bagi johan keseluruhan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah memenangi kategori tersebut dengan mengutip mata keseluruhan 340 mata.


Mereka turut membawa pulang tajaan biasiswa sebanyak RM 50,000 sebagai juara keseluruhan.


Selain itu, Celcom XPAXKEK kali ini berjaya mengumpulkan 16 kumpulan bagi kategori Mobile Legends dan 16 pasukan bagi PUBG Mobile bertanding merebut hadiah terkumpul RM180,000.


Ultra Instinct juga muncul juara mewakili UKM pada edisi yang lepas.

26 views0 comments

Related Posts

See All