top of page
  • Writer's pictureChin Ee May

Uncle Kentang Buka Rumah Orang Tua Percuma

Penulis: Chin Ee May

Penyunting: Chai Matthew


Sumber: Facebook


LENGGENG, 6 Jun - Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) membekalkan pusat rehat orang-orang tua secara percuma di Lenggeng kepada golongan warga emas yang tidak mempunyai tempat tinggal dan kurang berkemampuan.


Pusat rehat orang-orang tua Uncle Kentang ditubuhkan oleh PAUKM dengan sebahagian sumbangan dana daripada Farmasi Health Lane. Program tersebut bertujuan untuk menyediakan penempatan percuma kepada warga emas yang tiada tempat tinggal, berdaya, dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat menghabiskan sisa hidup mereka dengan aman.


Menurut pengasas PAUKM, Encik Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, pusat rehat orang-orang tua ini membekalkan tempat tinggal yang aman kepada warga emas.


“Masyarakat hari ini semakin tua, dan bilangan warga emas juga akan meningkat. Saya berharap dapat membuat yang terbaik untuk membuka pusat rehat orang-orang tua supaya dapat menempatkan warga emas yang hilang pengantungan dan membekalkan tempat tinggal yang selesa kepada warga emas untuk menghabiskan sisa hidup mereka.”


Sumber: Youtube


Setakat ini, terdapat dua pusat rehat orang-orang tua Uncle Kentang di Lenggeng untuk penempatan orang tua yang diasingkan kepada lelaki dan wanita.


Demi menyediakan persekitaran yang lebih selesa untuk warga emas, pusat ini hanya boleh memuatkan sehingga 10 orang warga emas. Pada masa ini, rumah tersebut telah mengambil 10 orang warga emas, termasuk 8 lelaki dan 2 perempuan.


Pertubuhan tersebut menggaji dua pengurus pusat untuk menjaga kehidupan seharian orang-orang tua. Di samping itu, pasukan ambulans di bawah pertubuhan ini akan bertanggungjawab untuk mengangkut orang tua yang memerlukan untuk memenuhi temu janji dan mendapatkan rawatan di hospital.


Orang-orang tua yang tinggal di pusat rehat tersebut dapat bersenam setiap pagi. Selain membaca surat khabar, mereka juga boleh menonton televisyen. Di sebelah pusat terdapat 3 kebun yang kecil. Pada waktu lapang, mereka dapat membantu menanam dan menjaga sayur-sayuran di kebun dan pengurus pusat juga akan membawa mereka keluar untuk bersiar-siar.


“Kami membenarkan mereka berkebun supaya tidak berasa bosan.”

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada pusat rumah orang-orang tua yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia (PAUKM) , bolehlah hubungi talian 03-8065 6666.


387 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page